Wednesday, April 18, 2007

AKTIVITI DI SEKOLAH MENENGAH SERI MEDAN

Pada 28 Apr 2007, Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM akan mengadakan aktiviti bersama-sama pelajar tingkatan 5 di SMSM. Aktiviti yang berbentuk membina sahsiah dan keyakinan diri serta motivasi akan bermula seawal jam 9 pagi dan dijangkakan berakhir pada jam 12 tengahari. Aktiviti ini adalah hasil inisiatif dari beberapa bekas pelajar dan keutamaan adalah untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun 2007. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara bekas pelajar dan pelajar.