Thursday, September 20, 2007

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua teman-teman bekas pelajar SMSM khasnya dan juga semua umat Islam amnya. Terima kasih kepada saudara-saudara semua kerana masih melayari blog perkumpulan bekas pelajar SMSM ini. Insyallah pada tahun ini perkumpulan ini akan cuba mengkoordinasikan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SMSM. Buat masa ini BP (Bekas Pelajar) Alfadzilah bin Mat Aris sedang berusaha untuk mengumpulkan seberapa ramai yang berminat untuk menyertai program ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi BP Alfadzilah di alamat email yang berada di senarai nama sebelah kanan blog ini.

Sekian terima kasih.