Monday, June 2, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Bulan Mei telah melabuhkan tirainya. Bulan lepas kita telah meraikan hari ibu. Sekarang tiba pula giliran untuk kita menyambut hari bapa. Tidak kiralah panggilan apa yang kita berikan kepadanya. Ada yang memanggil "ayah, abah, papa, daddy" tapi membawa maksud yang sama. Kepada yang telah berkahwin dan mempunyai anak kita juga telah bergelar bapa. Tapi ingatkah anda sekalian kepada bapa kita yang berada di kampung.

Bapa telah banyak berkorban tenaga semasa dahulu untuk memberikan pendidikan sehingga kita berjaya menjadi manusia dan warganegara yang berguna. Tetapi kini ramai anak muda yang sanggup menderhaka kepada bapa hanya kerana keengganan bapa memenuhi keinginan, kehendaknya atau pun sebaliknya. Telah banyak iktibar yang ditunjukkan di media-media elektronik ataupun di media masa bagaimana perlakuan anak-anak terhadap bapa.

Wahai Manusia, ingatlah akan Tuhan kamu; Dialah yang Esa yang menciptakan kamu dari seorang, dan menciptakan darinya pasangan, dan membiakkannya menjadi ramai lelaki dan perempuan. Kamu mesti mengambil berat terhadap Allah, yang mana kamu telah berikrar dengannya, dan mengambil berat terhadap ibu bapa kamu. Kerana Allah sentiasa Memerhatikan kamu. Maksud ayat surah al nesa.

Dalam kesibukan kita bekerja mencari harta dunia, ingatlah kepada bapa kita yang berada di kampung. Walau sejauh mana pun kita pergi, kampung halaman jangan dilupakan. Umpana pepatah melayu Walaupun setinggi mana burung bangau terbang, kebelakang kerbau juga ia hinggap. Kepada semua sahabat, renungkanlah seketika perbuatan kita yang telah lalu, adakah kita ada membuat kesalahan yang menguris hati bapa kita. Tepuk dada tanya iman. Fikir-fikirkanlah!.

Kepada teman-teman yang bapanya telah kembali kerahmatullah, perbanyakkanlah doa, kerana doa dari anak yang soleh/solehah sahaja dapat memberikan rahmat kepadanya. Kepada yang masih mempunyai bapa haruslah bersyukur dengan rahmat yang diberikan.

Tanpa disedari kita semua mungkin telah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasannya. Tapi ingatkah anda pengorbanan yang telah beliau berikan kepada kita. Sebagai ketua keluarga, bapa telah banyak berkorban untuk kita. Ibu selalu berkata "Abah balik nanti mak beritahu yang kau nak beli buku", "Jangan nakal nanti abah balik teruk kena belasah". Itu adalah sebahagian kata-kata yang biasa kita dengar dari mulut ibu tentang bapa. Tentu anda semua masih ingat bukan.

Oleh yang demikian sempena sambutan hari bapa pada bulan ini, kita sebagai anak-anak luangkanlah sekelumit masa untuk balik melihat bapa. Walau sebanyak mana harta atau setinggi mana pelajaran kita jika tanpa restu dan doa bapa apalah ertinya.

Selamat Hari Bapa.................

KEINDAHAN ALAM















Hayatilah keindahan ciptaan tuhan yang maha esa.

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Lihatlah keindahan alam semula jadi. Gambar ini saya ambil semasa mengikuti aktiviti di Pusat Arus Deras Kebangsaan di Jeram Besu, Raub Pahang. Cuti-cuti malaysia