Monday, September 22, 2008

ATURCARA PADA 04 OKT 2008

Assalamualaikum kepada semua bekas-bekas pelajar SMSM Batu Pahat Johor. Seperti yang telah diuar-uarkan, program pada 04 Okt 2008 (Sabtu) akan diteruskan. Aturcara yang telah dirancang adalah seperti berikut:

a. 0900 - Semua ahli berkumpul dihadapan masjid Seri Medan

b. 0920 - Bergerak ke rumah En Shahruddin Razak /Nizam Rabin (Parit Terus)

c. 1000 - Bergerak ke rumah Cikgu Senin (Jln Besar Seri Medan)

d. 1130 - Bergerak ke rumah Azmi Ahmad (Kg Parit Singgahan Jln Besar)

e. 1215 - Bergerak ke rumah Norakir bin Nordin (Jln Besar Sri Medan)

f. 1300 - Bergerak ke rumah Cikgu Norazmi (Batu Pahat)

g. 1430 - Bersurai.

Kepada semua yang hadir digalakan untuk memakai pakaian baju kebangsaan untuk menambahkan kemeriahan sambutan hari raya pada kali ini

Mohon pihak yang terlibat dapat menghadirikan diri pada masa dan tarikh seperti yang telah dipersetujui. Jika ada perubahan akan saya maklumkan dari masa kesemasa. Sebarang cadangan sila hubungi saya diruangan chatting yang telah saya sediakan.

Sekian terima kasih.

Friday, September 19, 2008

SALAM AIDIL FITRI

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua teman-teman bekas pelajar Sekolah Menengah Seri Medan, Batu Pahat, Johor.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat MenYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah....
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Seperti sebuah perjalanan hidup,

semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang ku lakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
Dari:
Azmi bin Ahmad
Normadiah bte Aris
Azmeera Diana bte Azmi
Azed Izzuddin bin Azmi
Azwani Farhana bte Azmi

Wednesday, September 10, 2008

Cikgu Haji Abdul Rahman ( Dalam Kenangan )

Foto-foto ini adalah sewaktu saya dan ayah saya melaksanakan Ibadah Qurban yang disempurnakan oleh Allahyarham Cikgu Haji Abdul Rahman di awal tahun 1990-an bertempat di hadapan kuaters perumahan guru-guru SMSM.

Antara yang hadir sama ialah Ustaz Mikraj yang juga Ex-Cikgu Agama SMSM. Beliau adalah juga calon PAS DUN Sri Medan pada Pilihanraya 2008 yang lepas.

By : Alfadzilah Bin Hj Mat Aris

Tuesday, September 9, 2008

SAHABAT LAMA YANG MENYEPI - SAMSURIE



Gambar terbaru sahabat lama yang menyepi Samsurie bin Jumain. Bertugas di Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Butterworth. Bekas pelajar SMSM tahun 1984 - 1988 dan kelas terakhir beliau adalah 5 Sains.

Friday, September 5, 2008

MAKLUMAT AWAL PERJUMPAAN HARI RAYA

Perkumpulan bekas pelajar SMSM akan membuat perjumpaan hari raya dan disamping itu akan menziarahi bekas-bekas guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Seri Medan. Butiran perjumpaan adalah seperti berikut:

a. Tarikh - 04 Oktober 2008 (Sabtu)

b. Masa - 0900.

c. Tempat berkumpul - Di hadapan masjid Seri Medan.

Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan saya maklumkan. Sekian terima kasih.

Tuesday, September 2, 2008

KEJAYAAN BEKAS PELAJAR SMSM












Satu kejayaan membawa delegasi dan misi perniagaan ke luar negara. Pada 15 Julai 2008 delegasi perniagaan Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan Eco Natural Sdn Bhd: En. Abu Sarin Baha, Konsultan Eco Natural: Dr. Zainuddin, Pengarah Projek: Norakir Nordin (sebelah baju kuning) dan Pengarah Operasi: Puan Tina Ali telah mencatat satu kejayaan dalam misi pelaburan ke Sumatera Selatan. Mesyuarat di pengerusikan oleh Bupati Wilayah Banyuasin dan Wakilnya serta seluruh ketua Jabatan atau Dinas Pemerintah Wilayah tersebut. Kehadiran delegasi Malaysia ini amat dialu-alukan oleh pemerintah Indonesia bagi tujuan menjana dan merangsang ekonomi wilayah tersebut. Misi ini adalah untuk mendapatkan kelulusan pemerintah wilayah Sumatera Selatan untuk membuka Kilang & Incinerator Pelupusan Sisa Hospital bernilai RM 20 Juta di Wilayah Banyuasin, Sumatera Selatan. Diharapkan kejayaan seumpama ini akan menjadi panduan dan contoh kepada seluruh bekas-bekas pelajar serta seluruh warga SMSM yang masih mencari ruang kejayaan.