Tuesday, December 30, 2008

KENANGAN SILAM DI SMKSM

Dari kiri atas: Cikgu Samsuddin, Ahmad Nizam, Azmi, ???? HM Cikgu Fahmi, Jefriddin (Petronas Terengganu, Latif, Cikgu Senin, ????, Malik.

Barisan depan: Zaidon, Dalim, Zulkefli, A.Azmi (PASKAL)


Dari kiri: Selamat, Razali, Ramli, Rosman, Azmi, Lupa siapa nama dia daaaaa.

Aktiviti kelab seni lukis di bawah bimbingan Cikgu Norazmi bin Hashim.

dari kiri: Morjana Ahmad, Azmi Ahmad, Norhayati Abdul Rahman

Gambar ini diambil semasa menyertai rombongan ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 1988

DIMANAKAH MEREKA SEKARANG

Gambar ini pula rakan sekelas isteri saya Kamariyah bte Yusuf (3 A 3) 1985

Duduk Dari Kiri: Zuraini Darman, Hayati, Azizah Awi, Rohaya Asmuni, Sabariah Sabri, Zainab Arshad, Cikgu ???, Kamariyah Yusuf, Oked (Rafiah Sanusi), Hanizah Hashim, Wardina Saim, Rahmah Bain.

Berdiri Dari Kiri: Kamisah Kariman, ???, Maslinda Masnon, Suminah, Saloma Lan, Rosyati Esmon, Asmah Rajikon, Musliha Maarof, Sarimah, ???, ???.

Berdiri Di Belakang: Sabri Othman, Hamidon (Arwah), ???, Zulkifli, Halim Palil, ???, ???, ???, Bakar, ???, Suhaimi Selamat.

Duduk Dari Kiri: Salina, ???, Masjidah Hizazi, Hamsiah (Anis), Anuar Hussin, Cikgu Bakar, Manap Mat, Kamariyah Sukar, Normah Kadio, Saniah Bibit, ????, ????.

Berdiri Dari Kiri: Azizah Sapri, Rashidah (Idut), Zainal, Abd Razak, Jasni Khalid, Jalil Rahmat, Aini, ???, ????.

Berdiri Di Belakang: Saiful Ngaini, Saadon Omar, Shadon, Roslan, Salib, Masnon, Ahmad Basir, Iswayuri Katmon.

Semoga dengan harapan Laman Web ini sedikit sebanyak mampu mempertemukan kembali rakan-rakan seperjuangan yang hampir 21 tahun sejak meninggalkan alam persekolahan. Selepas alam persekolahan tersebut masing-masing membawa haluan membina kehidupan bersama orang yang dicintai. Sejak dari itulah terkadang hanya khabar dimana berada kedengaran dari rakan-rakan yang pernah terjumpa. Setiap kali hari lebaran menjelma masing-masing mempunyai perancangan menyambut Hari Raya bersama sanak saudara.

Namun apabila usia mula menampakkan perubahan fizikal, tatakala itulah mula mengimbas kembali dimanakah rakan-rakan semasa dialam persekolahan dahulu. Gambar yang ada sudah tidak mampu mengenal rakan-rakan yang dahulunya setiap nama meniti di ingatan.

Sekiranya ada rakan-rakan mengenali mereka, jemputlah mereka menyertai kita. Semoga hari raya akan datang Reunion kita akan lebih meriah.

Salam dari Mej Abd Razak sekeluarga.

Thursday, December 25, 2008

GAMBAR KELUARGA SULAIMAN BIN SABIKAN

Bekas Pelajar SMKSM Tahun 1993


Sulaiman bin Sabikan dan isteri Hirne Saris serta 3 anak
SPM 1993 berusia 32 tahun, Beliau merupakan adik kepada Rohani Sabikan
(lihat gambar di Tasik Seri Medan berbaju biru Levi's)
PEKERJAAN : JURUTERA PENGAJAR UNI. TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Telefon : 019-6607615
ALAMAT : 45, JALAN JUJUR, TAMAN MAS MERAH
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Wednesday, December 24, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H DAN 2009

Tahun 2008 kita menyambut tahun baru hijrah 2 kali. Pada awal tahun iaitu 10 Jan 2008 dan pada 29 Dis 2008. Selang beberapa hari kemudian tahun baru masihi akan menjelma. Meningkat lagi usia kita. Pada 2 Jan genaplah usia ku 38 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin teman-teman semua baru semalam kita sama-sama dibangku sekolah. Kekadang kalau direnungkan kembali "Rupanya aku ni dah menjangkau ke usia 40 tahun" tapi itulah hakikat yang sebenar. Adakah impian yg kita idamkan selama ini telah tercapai.

Tuesday, December 23, 2008

SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI

KEMPEN BUMI HIJAU

Sebelum berpindah ke Kajang Perdana pada hujung Februari 2008 saya tinggal di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Pangsapuri murah yang saya beli semasa masih berkhidmat dengan kerajaan menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan. Sewaktu menamatkan perkhidmatan dulu saya berpindah ke sana dengan memegang status “BUJANG” pada tahun 2002. Hanya pada tahun 2004 saya berumahtangga. Pulang dari kerja setiap hari naik ke rumah di tingkat 3 kadangkala mencemuhkan dan terasa malas untuk turun ke kedai dan sebagainya. Paling membuatkan saya naik angin apabila membuka paip air hanya dua tiga titik air yang keluar oleh kerana meter air di tingkat bawah seringkali menjadi bahan mainan kanak-kanak. Pada tahun 2003 pula sekitar kawasan Semenyih dan Beranang mengalami masalah bekalan air. Yang paling menderita tentunya penghuni pangsapuri. Maka ketika itu jugalah kedai-kedai menjual pam air tidak lekang melayan pelanggan termasuk saya membeli sebuah pam air elektrik berharga RM 105.00. Selama enam tahun tinggal di sana saya sering terbayang dan teringin bercucuk tanam jika ada tanah barang sekaki dua. Impian itu itu hanya menjadi kenyataan pada 2008. Sepatutnya dapat saya lalui lebih awal namun rumah teres yang dibeli di Lestari Puchong, Seri Kembangan / Puchong terbengkalai sehingga kini membantutkan impian saya. Yang kekal hanya bebanan hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan. Itulah undang-undang jual beli hartanah di Malaysia, hak pembeli tidak terbela.

Apabila rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.A.W bertambah, alhamdulilah saya berpeluang mencari rumah di Kajang Perdana setelah puas mencari dari Shah Alam, Sepang, Dengkil, Bukit Mahkota, Nilai dan akhir bertemu yang bersesuaian dengan bentuk, saiz dan harga yang berpatutan dengan kemampuan. Saya tidak akan mencari yang lebih dari apa yang termampu. Apa yang menjadi panduan saya dalam mencari kediaman ialah tidak melangkaui Bandaraya Kuala Lumpur kerana saya berasal dari selatan juga cuba mendapatkan kejiranan yang majoriti Melayu dan jika boleh mencari lokasi rumah yang tidak menghadap rumah satu sama lain. Tujuannya supaya persekitaran hadapan rumah tidak sesak dengan kenderaan lalu lalang dan yang diparkir. Dalam masa yang sama memudahkan kita jika saudara mara datang dan untuk tujuan kenduri kendara, selain itu mungkin wujud ruang atau tanah kosong yang saya impikan untuk bercucuk tanam. Maklumlah untuk membeli tanah kebun pada ketika ini tidak kemampuan.

Menunggu hasil yang pertama...........

Ketika mula berpindah dulu (Terima Kasih 45 dan Azmi kerana bermandi peluh membantu saya pindah) ruang tanah kosong di sebelah longkang air di hadapan rumah semak dengan rumput Napier (rumput gajah yang menjadi makanan lembu & kambing). Saya mulakan dengan menebas sedikit demi sedikit dan mencangkul menanam pokok Pisang Tanduk sebanyak lima pokok (sedang mengeluarkan hasil) yang saya bawa dari kampung mentua di Senggarang. Rumput yang mati saya kumpulkan dan bakar kemudian meracun sedikit demi sedikit dengan hanya menggunakan pam kecil racun serangga berkapasiti 2 liter. Pokok yang tumbuh sebesar paha saya tebang dengan parang pendek dan gergaji tangan. Setiap kali pulang ke kampung setiap hujung minggu saya akan bawa benih pisang dan apabila membeli ubi keladi untuk digoreng (saya memang peminat ubi keladi goreng) batang keladi lebihan yang tidak digunakan saya cucuk di hadapan rumah. Hasilnya seperti gambar di bawah. Itulah yang saya lakukan seterusnya sehingga jumlah pokok yang saya tanam sekarang mencapai angka 60 pokok pisang. Ada juga benih pisang yang disumbangkan jiran tetangga yang telah tinggal di sana lebih awal dari saya umpamanya benih Pisang Emas itu diberikan oleh seorang jiran di perumahan fasa awal, seorang lelaki Cina sekitar 60an. Beliau dan isteri gemar bercucuk tanam yang memenuhi tanah kosong di hadapan rumah. Beliau jugalah yang sering membelikan Baja Najis Kambing dengan nilai RM 5.00 seguni. Apabila saya pulang dari pejabat beliau telah meletakkan guna berisi baja di hadapan pintu pagar rumah. Benih pokok buah-buahan saya beli di Pasar Tani, Prima Saujana di hadapan kedai saya setiap hari Sabtu.

Sebelum saya pergi lebih jauh saya ingin menarik kembali ingatan kita kepada Kempen Bumi Hijau. Dalam pada ingat-ingat lupa saya terimbas kembali Subjek Sejarah semasa di kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 2 sekitar tahun 1983 hingga 1985. Saya masih ingat guru yang mengajar Puan Faridah Abu Bakar, seorang guru yang lembut bertahi lalat besar di atas bibir pernah mengajar satu tajuk Kempen Buku Hijau di era pentadbiran Perdana Menteri Kedua, Tun Abd Razak Hussein dalam kelas Sejarahnya. Kaedah penyampaian Puan Faridah berjaya menarik minat saya kepada subjek ini yang menjadi antara subjek “fauverite” saya semasa SRP 1986. Apabila saya naik ke tingkatan 4 dan 5, Cikgu Syed mengambil-alih peranan mengajar Sejarah. Seorang guru berketurunan Arab-Melayu yang berambut tipis atau dengan kata lain botak yang saya rasa amat ber-versatile. Kaedah beliau mengajar cukup “simple”. Sepanjang ingatan saya beliau tidak pernah membuka buku rujukan di kelas, namun beliau mampu membuat saya dan rakan-rakan ketawa pecah perut dari minit pertama hingga minit ke 60 setiap kali kelas. Beliau mengolah cerita sejarah itu menjadi satu penyampaian yang komedi atau kelakar yang akan terus diingati. Itulah yang saya perolehi hingga kini. Kepada bekas guru-guru Sejarah saya ini; “Terima Kasih Tidak Terhingga Cikgu” kerana memberikan saya A1 pada SRP 1986 dan SPM 1988.

Kita balik kepada Kempen Buku Hijau, dilancarkan semasa pemerintahan Tun Abd Razak dengan tujuan menggalakan “Amalan Bercucuk Tanam” dan berjimat cermat. Bertujuan menjadikan tanah-tanah milik Melayu berdaya maju dan produktif. Namun perubahan zaman mengubah keperluan dan matlamat kerajaan dan negara. Pada 19hb Oktober 2005, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya bersetuju melancarkan semula dan menukarkan nama Kempen Buku Hijau kepada Kempen Bumi Hijau. Lihat keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2006 yang saya lampirkan.





Pokok Jambu Madu Pokok Mangga


Pokok Rambutan Pokok Mata Kucing


Sebenarnya sebelum kempen ini dilancarkan semula sewaktu zaman kegawatan ekonomi 1997-98 kita telah melalui satu kegilaan atau keghairahan penanaman Hidroponik. Ramai rakyat begitu teruja menggunakan kaedah itu untuk bertanam sayur di rumah ketika itu, namun selepas beberpa tempoh ia seperti dilupakan sehinggalah kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga minyak pada 2008 menjadikan kita ghairah kembali. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.

Apa yang perlu kita sedari kesan ketara akibat kemelesetan ekonomi ialah krisis makanan terutama beras, gandum dan kentang. Krisis ini disebabkan beberapa faktor seperti perubahan cuaca, penambahan penduduk, pengecilan ruang tanah untuk ladang dan yang tidak kurang pentingnya gaya hidup manusia sendiri yang membazir, suka membeli dan tidak mengeluarkan produk makanan yang termampu. Maka eloklah kita fikirkan bumi Malaysia yang bertuah ini mampu dijana sebagai mekanisma ekonomi. Pada ketika ini terdapat banyak kaedah menternak sendiri ikan tilapia atau keli di kolah tepi rumah. Justeru, tidak ada alasan untuk kita membiarkan ruang yang ada terbiar semak dan menjadi sarang nyamuk dan serangga.

Kempen Bumi Hijau ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di Bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik. Di samping itu kerajaan dapat mengurangkan pengimportan hasil makanan dari luar negara sekaligus mengelakan pengaliran wang keluar dan mampu membendung inflasi.

Kempen ini terdiri daripada 3 komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan “Kitchen Garden” atau “Edible Landscape” dengan menanam tanaman yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga.

Kempen ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk yang boleh ditanam sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan. Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah. Bagi menjayakan kempen ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya. Penanaman di rumah pastinya mampu mengurangkan beban perbelanjaan harian kita semua.

Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili, terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Kempen Bumi Hijau ini. Selain daripada apa yang saya nyatakan di atas tadi saya percaya terdapat manfaat lain hasil daripada kempen seumpama ini antaranya:

a. Program ini juga dapat memupuk semangat kejiranan dan muafakat di kalangan penduduk di taman perumahan di kawasan bandar.
b. Amalan bertani secara sambilan juga dapat mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja di pejabat.
c. Amalan bertani secara sambilan juga dapat menjaga kesihatan kerana aktiviti ini umpama senaman yang mengeluarkan peluh.

Saya percaya jika majoriti dari kita mampu melakukan pasti kesan kenaikan harga barangan harian dapat dikurangkan kerana permintaan terhadap barangan ini akan berkurangan memberikan kesan kepada peladang, pemborong dan penjual runcit. Untuk itu, kenapa harus kita tunggu lebih lama? Mulakan sekarang!. Saya banyak berbual dan berbincang dengan rakan-rakan yang menyampaikan keluh kesah dan keresahan hati berkenaan beban hidup yang makin meningkat walaupun suami isteri bekerja sebagai profesional. Setiap hujung bulan perlu memikirkan ansuran kereta, rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak, belanja petrol, tol dan parking dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja tidak punya masa. Kerja yang kita lakukan di pejabat sampai kiamatpun mungkin tidak akan habis, bak kata pepatah sehingga kucing bertandukpun tidak mungkin kita selesaikan. Kita perlu bijak membahagikan masa antara tugas pejabat, masa bersama keluarga dan waktu riadah.

Saya melakukan hanya 2 atau 3 kali seminggu dan setiap kali itu hanya mengambil masa sekitar setengah jam pada hari bekerja atau hujung minggu. Saya pulang dari pejabat sekitar jam 6.00 petang ke 6.30 petang. Saya hanya mengambil masa 30 minit sehingga jam 7 petang untuk melihat tanaman saya. Kesesuaian tanaman bergantung kepada faktor tanah dan cuaca serta suhu harian. Kawasan perumahan saya dikelilingi oleh bukit berbatu dengan tanah berbatu dan berpasir. Ini bermakna suhu permukaan tanah akan cepat panas dan menjadikan tanah cepat kering kerana struktur tanah berpasir adalah poros dan mempercepatkan kandungan air larut. Keadaan ini memerlukan saya menyiram air 2 hari sekali. Pada awal dulu saya menggunakan baldi untuk mengangkut air namun kini saya menggunakan paip getah (lihat gambar-gambar yang kelihatan paip getah) yang saya dapati dari bahan terpakai dan buangan tapak binaan. Pembalikan cahaya dan suhu oleh permukaan berpasir dan batu juga menjadikan suhu permukaan meningkat. Oleh yang demikian penanaman sayuran secara semulajadi kurang sesuai. Maka saya tidak menjadikan tanaman sayuran sebagai minat utama saya. Selain itu tanaman sayuran memerlukan kita meluangkan lebih masa. Itu tidak mungkin dapat saya lakukan kerana bebanan kerja pejabat, perniagaan yang saya uruskan, masa untuk “study” saya dan juga tumpuan untuk keluarga. Maka saya berpendapat tanaman kontan lebih sesuai. Apa yang perlu dilakukan memerlukan sedikit pengorbanan kerana jenis tanah yang ada merupakan tanah yang tidak mengandungi zat dan baja. Oleh itu saya saya terpaksa membelanjakan sedikit peruntukan untuk keperluan berikut:

a. Baja Organik Palet Najis Ayam (sekitar RM 50.00 Seguni).
b. Baja Najis Kambing (boleh didapati dari mana-mana penternak kambing pada harga RM 5.00 Seguni).
c. Baja Kimia 1515 (boleh dibeli dalam packet atau kilo pada harga RM 15.00 3 kilogram juga boleh didapati di kedai 2 Ringgit).
d. Black Soil atau tanah hitam (boleh dibeli di Giant atau Tesco pada harga RM 2.65 sekampit), Tanah Hitam atau Tanah Bakar boleh di buat sendiri jika kita rajin membakar rumput, kayu-kayu pokok, akar dan ranting dengan campuran sedikit tanah dari rumput yang anda tajak.

Kaedah pembajaan boleh dilakukan selang 2 ke 3 minggu bergantung keadaan dan bukan semua jenis baja yang dinyatakan di atas kita perlu. Kaedah kawalan penyakit dan rumput rumpai bukan perkara sukar, sediakan sahaja pam racun (memadai pam racun serangga untuk saiz kawasan kecil), racun serangga (boleh dibeli pada harga RM 25.00 seliter), racun rumpai (boleh dibeli sekitar harga RM 15.00 ke RM 35.00 seliter bergantung kepada jenama).

Berikut adalah tanaman yang saya usahakan di hadapan rumah:

Tanaman Kontan

· Pisang Tanduk - 42 Pokok (4 pokok sedang berbuah)
· Pisang Berangan / Montel - 12 Pokok
· Pisang Emas - 04 Pokok
· Pisang Raja - 02 Pokok
· Ubi Keladi - 20 Pokok
· Pokok Kari - 01 Pokok
· Cili Besar - 05 Pokok (sudah berbuah sekali tetapi tidak saya gunakan kerana saya baru meracun rumpai)
· Cili Api - 03 Pokok (sudah hampir tiga saya tidak membeli cili dan sudah digunakan juga di restauran saya)
· Pokok Jagung - (Telah dituai untuk kegunaan sendiri)
· Tebu - 10 Rumpun (sudah cukup matang untuk dituai tetapi tidak saya ambil untuk airnya)
· Serai - 40 Rumpun (sebahagian telah dituai dan dijual di Pasar Kajang, wangnya saya masukan ke tabung anak dan sebahagian digunakan untuk Restauran Beryani, masih ada 32 rumpun belum sempat saya tuai)


Pokok Buah-buahan

· Pokok Jambu Madu - 02 Pokok
· Pokok Rambutan - 02 Pokok
· Pokok Mangga - 03 Pokok
· Pokok Mata Kucing - 02 Pokok
· Pokok Manggis - 01 Pokok
· Pokok Ciku - 01 Pokok
· Pokok Limau Kasturi - 03 Pokok

Kesimpulan daripada apa yang telah saya lakukan ialah; permulaan untuk suka-suka dan kegunaan sendiri kadangkala melebihi daripada apa yang kita perlukan. Apabila ini berlaku bermakna wujud lebihan. Apa yang perlu kita buat dengan barang lebihan ini kecuali dijual runcit. Bagi rakan-rakan saya, satu pertanyaan ingin saya lontarkan. Jika kita mampu membeli harga Bunga Oked umpamanya yang bernilai puluhan malahan ratusan ringgit, sukarkah mencari benih keladi yang isinya kita makan dan batang keladi buangan itu kita buang pada harga RM 2.50 Sekilogram? Bagi yang tidak mempunyai tanah kosong di rumah mungkin jika anda berminat dan bersungguh kaedah Hidroponik, Polibeg dan Fertigasi boleh diaplikasikan. Fikir-fikirkan dan cubalah sendiri anda akan rasai keseronokannya.



Tanam, Ternak, Guna Sendiri, Jimat Cermat Bina Ekonomi



** Banyak lagi gambar dan kolam kanvas ikan talapia saya akan upload ke flicker kemudian.



Monday, December 22, 2008

SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI

MEMORI INDAH TANAH SUCI

Apa yang ingin saya catatkan di sini adalah hasil daripada satu e-mail daripada Oked pada Jumaat, October 10, 2008 3:00 PM yang menyentuh berkenaan ibadah umrah. Insyallah kalau diizinkan kesempatan dan dipermurahkan rezeki hajat memang cukup besar untuk kunjungan ke Tanah Suci kali kedua mungkin rezeki belum menyebelahi. Rezeki bukan sekadar wang ringgit tetapi kelapangan juga rezeki. Punyai banyak mana wang belum menentukan kita menjejakkan kaki ke sana jika tidak diizinkan Allah S.A.W. Itu kata-kata YBhg Ustaz Hassan Al-Hafiz, masih tergiang-giang di telingaku. Kenangan di Tanah Suci cukup indah, tenang dan menjadikan saya kagum dengan kebesaran ciptaan Allah S.W.T. Terlupa seketika hiruk pikuk kota yang memcemuhkan dan keduniaan yang melalaikan, beban kerja yang memenatkan dan masalah persekitaran yang menekan.

Pengalaman saya pertama kali sampai ke Tanah Suci Mekah masih terbayang-bayang depan mata. Saya bersama ibu dan isteri dengan kecetikan ilmu di dada dan kejahilan dari Kuala Lumpur KLIA jam 6.30 pagi dan transit ke Dhaka, Bangladesh. Di Dakar kami menginap di Hotel Zakaria, perut terasa amat lapar lalu terus dijamu dengan nasi berlauk kari ikan, kuah dal berulam cili dan timun. Perut yang sedang lapar tidak banyak perkiraan terus makan tetapi memang sedap masakan itu. Seterusnya berlepas ke Jeddah dari dari Dhaka dan sampai di sana lebih kurang jam 2 ke 3 pagi. Selepas urusan dokumentasi terus menaiki bas ke Madinah. Saya lupa jam berapa sampai ke Madinah tetapi kalau tidak silap sudah menghampiri waktu Zohor (jika tidak silap perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam). Dalam perjalanan ke Madinah kami singgah di hentian yang saya lupa namanya untuk solat subuh dan sarapan pagi. Cuaca agak sejuk hingga terasa ke tulang. Sampai di Madinah terus check-in hotel bersiap untuk Solat Jumaat kerana waktu itu hari Jumaat. Jarak hotel penginapan lebih kurang 600 meter dari Masjid An-Nabawi, masjid kedua termulia dan suci selepas Masjidil Haram di Mekah. Masjid An-Nabawi menempatkan makam Rasullullah S.A.W bersama dua khalifah yang juga sahabat Baginda iaitu Syaidina Abu Bakar as-Siddiq dan Syaidina Umar al-Khattab. Di atasnya betul-betul khubah besar masjid berwarna hijau. Kebiasaanya anggota polis seramai 4 atau 5 orang akan berkawal di hadapan makam Rasulullah S.A.W untuk mengelakkan laluan sebagaimana saya nyatakan di gambar bawah daripada sesak dengan jemaah yang berhenti untuk memberikan salam kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Jemaah yang memberikan salam dan berdoa biasanya tidak dibenarkan berhenti terlalu lama dan anggota keselamatan tidak membenarkan jemaah berdoa mengangkat tangan dengan menghadap makam, mereka akan berteriak “HARAM”, “HARAM, “HARAM”. Saya percaya ini disebabkan oleh fahaman makhub mereka kerana mereka khuatiri kita bermohon kepada yang selain dari Allah S.W.T. Di hadapan hotel penginapan jelas kelihatan dengan hanya jarak sekitar 100 meter adalah perkuburan Suhada atau dikenali Pemakaman Baqi. Pemakaman Baqi menempatkan persemadian hampir 10,000 para sahabat Rasulullah S.A.W, isteri dan anak-anak Baginda, Tabiin dan juga pengikut-pengikut Rasulullah S.A.W yang berjuang menegakkan syariah Islam. Masjib An-Nabawi cukup besar dan luas, sayup mata memandang, sejuk dan menginsafkan dan memberikan ketenangan. Sepanjang jalan antara hotel dan Masjib An-Nabawi adalah kedai dan gerai menjual pakaian, kain, kurma dan kitab-kitab suci, Al-Quran dan buku. Makam Rasullullah S.A.W sentiasa di kawal ketat anggota keselamatan dengan jarak hanya beberapa puluh meter dari mimbar yang dikatakan mimbar asal Masjib Nabawi sewaktu dibina oleh Rasullulah S.A.W dan para sahabat. Mimbar itu adalah mimbar di mana Rasulullah S.A.W memberikan khutbah. Anggaran saya kalau tidak silap sekitar 25 ke 35 meter sahaja jarak di antara kediaman Rasullulah S.A.W dengan mimbar Masjib. Kawasan di antara kediaman Rasulullah S.A.W dan mimbar Baginda dipanggil sebagai Raudah. Raudhah adalah satu tempat yang mulia di dalam Masjid Nabawi, selain menjadi tempat Rasulullah dan sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah ia juga merupakan sebuah taman dari taman-taman syurga…kedudukan Raudhah adalah antara rumah Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan mimbarnya. Panjangnya ialah sekitar 22 meter dan lebarnya pula 15 meter, bermula dari mihrab Rasulullah hingga ke akhir rumah tersebut disebelah utara.


Masjid An-Nabawi, Madinah. Makam Rasulullah S.A.W
betul-betul berada di bawah khubah hijau

Pintu di hadapan makam Rasulullah S.A.W, ruang kosong
yang kelihatan adalah jalan jemaah keluar dari Masjid An-Nabawi

Kawasan Raudhah dapat dibezakan dengan kawasan masjib yang lain kerana ianya diletakkan dengan karpet berwarna hijau berbanding kawasan lain berwarna merah. Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, "Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Sabda Rasulullah S.A.W:" Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram". Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik". Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan termasuk dalam bangunan masjid. Berziarah ke Masjid Nabawi ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat. Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Janganlah kau mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Aqsa'. Masjid Aqsa’ adalah masjid yang terdapat di Baitulmuqadis, Palestin yang seringkali kita lihat di media elektronik yang menjadi perebutan antara palestin dan Yahudi. Masjid ini memiliki khutbah berwarna keemasan (maaf kerana keluar dari maksud tulisan ini tetapi untuk sekadar menambah pengetahuan). Berdasarkan sedikit pembacaan dan pemerhatian saya di sana, dapat dijelaskan begini:

Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Rasulullah S.A.W dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Sejak Rasulullah S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Baginda terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah. Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W. Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) juga dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.


Bersama ibu di hadapan Masjid An-Nabawi, Madinah
dengan pakaian ihram bersiap bertolak ke Mekah

Sepanjang lima hari berada di Kota Madinah saya tidak pernah tertinggal atau terlepas solat lima waktu di dalam kawasan Raudah ini, SYUKUR ALHAMDULILAH. Kawasan ini sentiasa dipenuhi jemaah pada sebilangan masa apabila masjib dibuka, jemaah sentiasa berebut-rebut dan kadang kala sehingga bertolak dan berhimpit. Pada suatu ketika ketika saya berdiri sambil mata ligat mencari ruang kosong yang sememangnya amat sukar didapati, tiba-tiba seorang lelaki Arab dalam lingkungan 50an ke 60an melambaikan tangan dan menginsutkan punggungnya sambil menepuk karpet masjid memberikan ruang untuksaya bersolat. Jemaah Arab setengahnya amat arif dengan jemaah dari Malaysia dan Indonesia. Saya juga mendapat dua kali peluang bersolat sunat dan sekali solat fardu di betul-betul hadapan mimbar asal Masjib Nabawi, ALHAMDULILAH itulah nikmat yang Allah S.W.T berikan. Pengalaman yang cukup hebat di situ pelbagai kerenah dan sifat manusia kerana kita dari pelbagai makhaz. Kadangkala kalau mengikut kita Ahli Sunah Waljamaah dan Imam Shafie sudah tidak ada tertib sembahyang kerana masing-masing berebut ruang yang hanya boleh menempatkan 3 atau 4 orang jemaah untuk bersolat. Kadangkala boleh dilihat kita sujud jemaah lain melangkau kita atau melintas depan kita sehingga anggota berkuasa terjerat marah.

Semasa di Madinah sempat juga melawat ladang unta dan minum susu unta, mula macam tak sanggup minum tapi bila rasa sekali, sedap, lemak... habis sebotol. Harga sebotol susu unta saiz botol mineral kecil sekitar 5 Riyal Saudi, tapi itu lokasi yang mana bas parking dan menurunkan penumpang tetapi yang jauh sikit biasanya dalam 3 Riyal sahaja. Pak Arab pun bijak business. Selain itu sempat juga melawat ladang kurma dan masjid-masjid penting dalam sejarah Islam umpamanya:

· Masjid Qiblatin – Dikenali juga sebagai masjid 2 kiblat, satu kiblat menghadap Masjidil Aqsa di Palestin dan satu menghadap Masjidil Haram, Mekah. Kiblat yang menghadap Masjid Aqsa adalah kiblat asal umat Islam sebelum Rasulullah S.A.W menrima wahyu untuk menukarkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekah. Di dalam Syurah Al-Baqarah ayat 144 bunyi bermaksud: “Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arasnya.” Ayat ini turun ketika Rasulullah S.A.W menunaikan solat Zohor di sini. Maka pada ketika solat itu Baginda berpaling menghadap Kaabah. Pada sekitar tahun 1987 masjid ini dikatakan telah diubahsuai untuk memberikan keselesaan pada jemaah. Kesan mimbar asal yang menghadap Masjid Aqsa sudah tidak kelihatan kerana pengubahsuaian tersebut tetapi saya ditunjukan arah tersebut yang menjadi pintu masuk utama masjid pada ketika ini di mana sepotong ayat Al-Quran digantung di atasnya. Kedudukan dua kiblat ini bolehlah saya katakana membelakangkan satu sama lain. Bacalah buku berkaitan untuk jelas mengapa wujud 2 kiblat.

· Masjid Quba – Masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam berasaskan Taqwa dan Iman yang padu. Dalam satu riwayat yang sahih Rasulullah selalu ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari sabtu samaada dengan menaiki unta ataupun berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah pergi pada hari Isnin dan Khamis. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwudhu dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi pahala seperti menunaikan Umrah.” Masjid ini terlatak diperkampungan Quba kira-kira 3KM dari arah selatan Bandar Madinah. Nama Quba di ambil nama dari sebuah telaga yang berada ditempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 meter persegi. Ketika Rasulullah tiba diperkampungan Quba dalam perjalanan Hijrah dari Makkah ke Madinah, Baginda tinggal disana empat hari bersama Bani Amru bin Auf dirumah Kalthum bin Al-Hadm. Pada hari pertama itulah baginda terus membina Masjid Quba yang menjadi masjid pertama dibina dalam sejarah umat ini. Tempat solat Rasulullah. Mihrab yang ada sekarang bukanlah tempat solat Rasulullah. Menurut ahli sejarah As Samhudi dan Ibnu Abi Laila, tempat solat Rasulullah terletak dibahagian timur tiang yang rosak dan barisan tiang baru telah diletakkan berhampiran Mihrab itu.



Di dalam Masjid Quba

· Bukit Uhud – Mengikut sejarah Bukit Uhud adalah di mana berlakunya Perang Uhud pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan Quraisy. Quraisy dengan kekuatan 3000 tentera dari Mekah manakala tentera Islam seramai 1000 orang. Di Bukit Uhud 50 orang dari pasukan memanah di arah berkubu dan tidak meninggalkan lokasi sehingga diarahkan. Ketika tentera Muslim mula menunjukkan akan memenangi perang itu, mereka telah meninggalkan Bukit Uhud untuk memungut harta tinggalan perang. Akhirnya musuh menyerang balas yang menyebabkan Rasulullah S.A.W tercedera dan 70 tentera Islam terkorban seterusnya dimakamkan di situ.


Penulis bersama ibu dan isteri berlatarbelakangkan Bukit Uhud
menghadap Perkuburan Syuhada yang terkorban semasa Perang Uhud


Hari kelima bertolak ke Kota Mekah menaiki bas terus berpakaian Ihram mengambil masa 6 jam. Sepanjang perjalanan 6 jam tersebut semua pemandangan kiri kanan jalan adalah padang pasir dan juga gurun batu, insaf dan kagum bagaimana Rasulullah S.A.W dalam sejarah Hijrahnya bersama para sahabat mampu bergerak dengan hanya berjalan kaki serta menaiki unta, dikatakan mengambil masa sebulan dalam peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari Madinah ke Mekah. Saya cuba membuat perbandingan perjalanan sebulan penuh dengan ancaman dan dugaan itu dengan 6 jam dengan menaiki bas melalui lebuhraya 8 lorong. Saya pernah membaca buku berkenaan Pendita Za'ba yang di tulis oleh Tan Sri Prof Dr. Ismail Hussien (Ketua 1 GAPENA) yang memceritakan ibadah Haji Pendita Za'ba yang menaiki bas dari Madinah ke Mekah mengambil masa 4 hari melalui padang pasir tanpa jalan raya pada tahun sekitar 1930an lalu saya bayangkan ketiga-tiga perjalanan itu. Kita bayangkan perbezaannya. Dalam perjalanan berhenti di Bir Ali untuk makan tengahari dengan hidangan Nasi Beryani, makan sedulang 4 orang dengan ayam seekor tergolek-golek bulat, memang sedap dan menyelerakan. Solat Zohor di situ seterusnya memasang niat. Dalam perjalanan kita bertalbiah:




Maksudnya: - "Hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu"

Ketika itu bagi siapa yang menghayati talbiah sudah cukup untuk menginsafkan dan menitiskan airmata betapa kita terlalu kecil di bumi Allah ini. Apabila sudah memasang niat kita kena sentiasa berwaspada jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Teruskan perjalanan dan sampai di Kota Mekah pada waktu menghampiri Asar. Ketika di dalam bas memasuki Kota Mekah aku was-was diterimakah aku di Tanah Suci ini, tanggungjawap aku cukup berat dengan ilmu yang kosong di dada dan jahilnya aku selama ini, aku membimbing dan menjadi imam kepada Ibu dan isteriku. Takut jelas dalam hati, apakah ujian yang aku harus ditempoh.

Kalau berdasarkan cerita mereka yang telah sampai ke sini juga majalah dan buku-buku yang aku baca menakutkan aku. Tetapi sebelum bertolak aku cuma menetapkan niat di hati segala ujian Allah itu harus aku tempoh. Niat aku mudah: "Aku ingat menjadi yang lebih baik dari semalam dan aku ingin perbaiki diri aku kerana Allah S.W.T". Syukur sampai setakat itu semuanya lancar. Terlihat sahaja binaan Masjidil Haram aku terdiam sejenak terus membacakan doa sebagaimana perlu dibaca sebaik melihat Kota Mekah. Sebenarnya aku seperti tak percaya aku berada di situ anak kampung yang tak punya apa-apa dan tak pernah termimpi untuk menjejakan kaki ke sana.

Bas berhenti terus check-in hotel, Hotel Asia kalau tidak silap berhampiran pintu 62 untuk masuk ke Masjil Haram, dekat sahaja dalam jarak 30 meter dari hotel. Selepas check-in yang mengambil masa sekitar 20 minit terus turun berkumpul di bawah untuk memasuki Masjidil Haram, sejak dari Bir Ali kena lebih berhati-hati lebih-lebih lagi sebaik memasuki Kota Mekah dengan melintasi Masjid Ta'nim di mana itu adalah penada kepada kawasan halal dan haram dan juga salah satu tempat niat umrah dipasang selain lima lokasi berniat yang lain. Terdapat 13 pantang larang yang perlu dijaga kalau silap kena DAM sebab kita sudah dalam niat IHRAM. Tidak bayar DAM tidak sah ibadat kita dan terhutang pula dengan Allah S.W.T kita nanti. Memasuki pintu 62 selepas menuruni tangga masuk pintu kedua terus terlihat jelas Kaabah walaupun bukan sepenuhnya kerana terlindung oleh tiang-tiang aku bacakan doa melihat Kaabah terus menitis airmata betapa insafnya aku akan segala dosa yang pernah dilakukan dan terasa begitu kecilnya diri kita. Cukup sayu dan hiba ketika itu, memang menitis, meleleh air mata kagum dengan kebesaran Allah S.W.T. dan keEsaannya yang mencipta alam ini.

Kalau tidak silap aku, kami terus buat tawaf 7 pusingan bermula dengan penjuru Kaabah yang terletak Hajar Aswad ditandakan dengan lampu hijau di hujung sebelah dalam jarak 80 meter terus Istilam Hajar Aswad melambaikan Kaabah dengan kedua tangan isyarat mengucup Hajar Aswad. Buat 7 pusingan dengan setiap pusingan ada bacaan yang perlu dibaca. Selesai di situ berdekatan Makam Nabi Ibrahim ada amalan lain perlu di buat antaranya doa di Multazam dan Solat Sunat Tawaf dan Doa. Seterusnya Solat Sunat di dan doa di Hijir Ismail (bukan wajib kecuali ada kelapangan dan tempat). Hijir Ismail adalah kawasan di dalam binaan yang melekung separuh bulatan 180 darjah di depan atas dinding Kaabah terdapat Talang Air tempat air mengalir ketika hujan. Sepanjang berada di Mekah saya dapat bersembahyang di dalam kawasan Hijir Ismail antara 4 ke 5 kali, bukan senang untuk dapat tempat kerana berasak-asak maka perlu bijak mencari ruang dengan keizinan Allah S.W.T. Selepas solat sunat dan doa terus pergi ke tempat air zam-zam disediakan dan minum sambil menghadap pintu Kaabah dan berdoa mohon keberkatan rezeki, keselamatan, kemudahan segala urusan dan kejayaan. Antara doa yang saya pohon dari Allah S.A.W adalah mohon dikurniakan cahayamata kerana pada ketika itu usia saya sudah menghampiri 37 tahun dan sudah masuk tahun ketiga berumahtangga. Alhamdulilah Allah S.A.W memabolkan doa saya beberapa bulan setelah kembali mengerjakan umrah isteri saya disahkan mengandung setelah puas berusaha dengan pelbagai cara tradisional dan moden. Tanggal 13 September 2007 bersamaan 1 Ramadhan 1428H tepat jam 7.15 petang takala azan Maghrib berkumandang di Masjib Jamik Kajang berhampiran Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) menandakan waktu berbuka puasa pada 1 Ramadhan putera sulungku selamat dilahirkan yang ku saksikan sendiri dengan berat 4.2 Kg. Permata hatiku itu ku namakan Norimran Hakimi bin Norakir. Aku mengucap kesyukuran kehadrat Allah S.A.W kerana kedua ibu dan bayi selamat walapun memerlukan bantuan vacuum kerana bayi ku cukup besar. Terima kasih Prof. Madya Dr. Jamil Mohd Shariff, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) KPMC. Ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada Datuk Dr. Hamid Arshad, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) yang ku anggap terulung di negara ini ketika ini yang telah memberikan khidmat nasihat dan rawatan kepada isteriku sejak pulang dari Mekah (maaf kerana terkeluar dari cerita asal namun itulah adalah antara tujuan saya ke Mekah).

Norimran Hakimi (15 bulan); simbol harapan & perjuangan ku


Selesai ibadah tawaf terus menuju ke Safa dan Marwah untuk ibadah Saie. Berdasarkan pengamatan saya ibadah Saie lebih mencabar berbanding tawaf. Seringkali sewaktu Saie-lah jemaah akan mengalami pecah-pecah kulit tapak kaki yang menyakitkan dan menyukarkan melakukan ibadah. Bagaimanapun apa yang ada di situ banyak membantu jemaah kerana kerajaan Arab Saudi telah meletakkan hawa dingin dan juga laluan Saie yang berbatu marmar dan memiliki dua tingkat. Tingkat atas lebih selesa kerana tidak ramai jemaah namun anda mungkin tidak dapat merasai laluan mendaki bukit di Safa dan Marwah. Saya bersama isteri menolak kerusi roda ibu yang mengalami sedikit masalah jika berjalan berasak-asak. Ibadah Saie bermula di Bukit Safa menuju Marwah, kebanyakan jemaah memang dibekalkan buku kecil panduan ibadah bagi memudahkan bacaan doa semasa ibadah. Perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu perjalanan dan Marwah ke Safa dikira dua sehingga mencapai tujuh dengan berakhir di Marwah. Dalam perjalanan dari Safa ke Marwah pada suku perjalanan jemaah dikehendaki berlari-lari anak sempena mengingati peristiwa Siti Maryam meninggalkan Nabi Ismail dengan (ibu Nabi Ismail) berlari-lari anak mencari air untuk baginda. Kawasan berlari-lari anak ini ditandakan dengan lampu berwarna hijau di bahagian bumbung dan sisi kanan dan kiri atas dan lampu hijau juga pada bahagian yang jemaah berhenti dari berlari anak. Akhirnya Baginda mencuit-cuitkan kaki dan terpancutlah air dari bumi yang dikenali sehingga kini sebagai Telaga Zam-Zam. Sewaktu di Mekah pada waktu terluang yang tidak ada program khusus yang dijadualkan eloklah melakukan ibadah sunat bersendiri samada Tawaf Sunat, sembahyang-sembahyang sunat seperti Sunat Hajat, mengaji Al-Quran dan sebagainya.

Setelah cukup 7 perjalanan berakhir di Marwah saya berdoa sebagaimana dikehendaki dan akhirnya bertahalul (memotong anak rambut). Adalah lebih baik kita sentiasa membawa gunting kecil semasa menunaikan ibadah ini bagi memudahkan kita memotong anak rambut, sesetengah jemaah akan bercukur botak bagi yang lelaki selepas bertahalul. Pada ketika ini ramai orang-orang Arab (dewasa dan kanak-kanak) akan menawarkan diri untuk mengunting ramai anda tetapi selepas itu akan meminta bayaran yang tidak masuk akal ada yang sehingga 100 ke 200 Riyal, jika anda tidak memberinya mereka akan marah-marah.

Sehingga kita menyelesaikan bertahalul ibadah kita belum dikira selesai dan kita masih terikat dengan larangan-larangan dinyatakan awal tadi. Salah satu kesilapan kita kadangkala ialah menyentuh kelambu Kaabah semasa Tawaf. Anda akan dikenakan Dam jika menyentuh kelambu Kaabah sebelum Bertahalul kerana menyentuh kelambu dikira anda memakai wangi-wangian kerana kelambu Kaabah telah diletak wangian atau melihat ada kesempatan mencium Hajar Aswad lalu menciumnya yang mana pada ketika itu anda menyentuh kelambu Kaabah atau struktur binaan Kaabah. Antara perkara yang perlu kita berhati-hati yang kita tidak sengajakan semasa dalam niat ihram adalah wangi-wangian umpamanya semasa dalam dalam ihram sewaktu turun dari hotel dan menunggu kenderaan tiba-tiba ada peniaga minyak wangi menarik tangan anda dan menyembur wangian yang dijual atau seseorang yang memakai minyak wangi menghulurkan tangan ingin bersalam. Jika anda bersalam dan kemudiannya anda mencium angan anda berbau wangi maka anda juga perlu membayar Dam. Satu kali Dam bersamaan niai seekor kambing.

Dikatakan jika anda menunaikan ibadah umrah dan berjaya melakukan sebanyak 7 kali niat dan bertahalul maka pahalanya bersamaan pahala Haji. Alhamdulilah semasa di sana saya berjaya melakukan sebanyak 12 kali. Namun untuk mencapai angka 12 memerlukan keazaman dan dugaan kerana tumit kaki dan tapak kaki pecah-pecah yang menyakitkan dan berdungkit-dungkit semasa berjalan maka aku lebih banyak berlari anak semasa Saie jika melakukan ibadah berseorangan. Samada diterima atau tidak ibadah kita hanya Allah S.A.W yang maha kuasa mengetahuinya. Semasa di Kota Mekah saya dan rombongan sempat menziarahi menziarah ke Padang Arafah, Mudzalifah, dan Mina, seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah. Saya juga berkesempatan melawat Masjid Hudaibiyah yang kelihatan agak uzur yang dikatakan Rasulullah S.A.W bersembahyang semasa peristiwa Perang Hudaibiyah yang berlangsungnya Perjanjian Hudaibiyah di situ. Dalam jarak beberapa kilometer dari masjid berkenaan terdapat satu perigi lama dari struktur batu yang telah kering namun cukup dalam dinamakan Perigi Hudaibiyah, dikatakan Rasulullah S.A.W dan tenteranya mandi dan berwuduk di situ.

Pada hari terakhir di Mekah sebelum bertolak pulang ke tanahair melalui Jeddah jemmah dikehendaki melakukan Tawah Wida atau Tawaf Selamat Tinggal. Pada waktu ini saya membenarkan ibu berjalan sendiri tanpa kerusi roda bagi menikmati sendiri keindahan ibadah itu, selepas bersolat sunat tanda selesai ibadah kita kali ini saya berdoa moga-moga perpisahan meningglkan Masjidil Haram itu tidak lama dan berkesempatan untuk datang lagi, namun sehingga aktikel ini disiarkan mungkin rezeki saya belum kesampaian. Akhir sekali saya membawa ibu untuk menyentuh kelambu Kaabah sebagai kenagan yang sukar dilupakan.

Bersama isteri di atas bukit di Jabal Rahmah

Kami berkumpul di hadapan hotel untuk menaiki bas menuju Jeddah. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa kira-kira 3 jam dan kami singgah di masjid terampung di menjelang waktu Zohor. Saya tidak ingat jam berapa kami berlepas dari Jeddah dan akhir mendarat di Dhaka, Bangledesh untuk transit, menginap di hotel dan sambil meninjau-ninjau wajah sebenar ibu negara Bangledesh. Keseimpulanku, aku bersyukur menjadi warga tanahair tercinta ini. Berlepas dari Dhaka pada malam hari dengan Biman Airlines namun sekali lagi transit di Chittagong, Bandar pelabuhan terbesar Bangledesh sebelum meneruskan penerbangan ke KLIA, Sepang. Mendarat seleamat di KLIA jam 6.30 pagi. Alhamdulilah saya bersyukur di dalam mengerjakan ibadah ini saya juga ibu dan isteri tidak diduga dengan ujian-ujian yang getir. Alhamdulilah sekali lagi semua berjalan dengan lancar dan baik. Nasihatku kepada rakan-rakan yang ingin menunaikan ibadah umrah dapatkanlah pakej yang melakukan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah kerana ia tidak memenatkan. Selain mendapatkan kelas secukupnya pastikan juga bawa bersama ubat sapu bagi tumit kaki yang pecah dan juga ubat sapu gatal-gatal kerana perubahan cuaca akan merumitkan urusan ibadah kita namun ianya boleh didapati di farmasi di sana. Juga baju sejuk bergantung kepada musim kerana pada waktu umrah dan ziarah saya itu cuaca di Jeddah amat sejuk yang menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah. Kesimpulanku dari ibadah ini ialah ianya amat berguna dan perlu sebelum menunaikan ibadah Haji kerana apa yang lalui cukup jelas namun itu saranan kepada bakal-bakal haji yang mampu bagi ramai orang sebaliknya kerana yang wajib adalah Haji yang merupakan Rukun Islam Kelima.



Di kaki bukit Jabal Nur, bukit yang tinggi terletaknya Gua Hira

Bersama penyampai sukan terkenal Haji Hasbullah Awang
semasa di Lapangan Terbang Jeddah

Akhir kata, mohon maaf jika apa yang saya catatkan di sini ada kekurangan dan kejanggalan kerana saya tidak mempunyai catatan khusus, apa yang saya catatkan ini sekadar apa yang saya ingati. Sekian…. Wasalam.


Masjidil Haram, Kota Suci Mekah, entah bila dapatku jejaki lagi?

Wednesday, December 17, 2008

SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَتُÙ‡ْ

Mengapa suka marah-marah?

Manusia ini wujud dengan pelbagai sifat-sifat dan zat-zatnya. Itu adalah fitrah manusia dan kehidupannya yang telah diciptakan oleh PenciptaNya yang maha ESA. Hidup ini ibarat satu persembahan yang seni maka seringkali juga orang menyatakan hidup ini pentas dunia. Sifat dan perbuatan manusia itu juga dikatakan seni, namun sifat-sifat itu ada yang baik dan ada yang buruk. Maka perlulah kita bijak menilai dan mentafsirnya. Bukan segala yang dipersembahkan seninya itu patut dituruti. Seni itu indah tetapi yang buruk itu tetap akan menjadi seni yang buruk kerana sifat yang buruk itu ukiran tangan kita yang lemah.

Diriwayatkan oleh Para Sahabat: Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada sahabatnya: “Apakah yang faham tentang maksud bergelut?”

Lantas sahabat Baginda menjawap, “Pengusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.” Rasulullah bersabda bahawa bukan itu yang dimaksudkan tetapi orang yang bergelut ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.

Marah adalah kunci segala kecelakaan kerana kemarahan berpunca daripada hati. Maksud dan penjelasannya adalah begini; darah yang ada di dalam hati individu itu sedang menggeledak lalu darah itu mengalir ke seluruh anggota badan sehingga ke mencapai kemuncaknya. Apabila kemarahan memuncak, wajah dan mata seseorang itu akan menjadi merah padam.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti sikap marah? Tanda-tanda marah secara fizikal ialah berubah warna kulit muka, mengeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan biasa, gerak geri tidak menentu, percakapan bercampur baur dengan nada marah keluar daripada rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup dan tubuh badan mengalami perubahan.

Oleh yang demikian, jika seseorang itu sedang marah dan dapat mengesan betapa buruk sifatnya pada masa itu, maka haruslah ia segera bertindak melenyapkan kemarahnnya serta merta jika itu kemahuannya. Kemarahan juga boleh melahirkan sifat-sifat dendam dan dengki, memendam niat jahat terhadap orang lain dan gemar kepada sifat-sifat yang dicela dan dikeji. Untuk menghindari dari sifat-sifat marah maka perlulah kita mengetahui sebab dan punca timbulnya kemarahan itu terlebih dahulu.

Antara sebab-sebab yang membangkitkan kemarahan ialah meninggi diri, bangga, senda gurau, bercakap kosong, mengejek-ejek, mencela, bertengkar, khianat, kemahuan yang tidak terbatas dalm mencari wang ringgit dan menuntut kedudukan. Seseorang itu tidak mungkin terlepas daripada sifat marah selagi semua sifat-sifat ini masih kekal di dalam dirinya.

Untuk mengubati penyakit marah menerusi ilmu pengetahuan ada beberapa cara mudah iaitu:

a. Hendaklah mengingati kembali anjuran-anjuran yang ditunjukkan oleh syariat mengenai keutamaan dan kelebihan sifat-sifat menahan marah, pemaaf, penyantun dan penanggungan perilaku buruk.

b. Hendaklah anda ingat tentang ancaman Allah Ta’ala dan seksaNya seandainya diteruskan juga sifat marah itu.

c. Hendaklah ingat akibat permusuhan dan pembalasan dendam lawan anda, yang mana kelak akan berusaha menceroboh kehormatan diri anda.

d. Padamkanlah kemarahan anda menerusi amalan dengan mengucap “ta’awwudz” dengan lidah yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk”.

e. Orang yang sedang dalam kemarahan, sunat baginya mengambil wudhu dengan air yang dingin kerana kemarahan itu berpunca daripada api dan api itu hanya berupaya dipadamkan dengan air.

f. Hendaklah gambarkan betapa buruknya rupa anda kelak apabila anda marah, iaitu dengan mengingat rupa orang lain ketika dalam kemarahan.
"DAN APABILA KAMI HENDAK MEMBINASAKAN SUATU NEGERI MAKA KAMI PERINTAHKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG HIDUP MEWAH DINEGERI ITU SUPAYA MENTAATI ALLAH, TETAPI MEREKA MELAKUKAN KEDERHAKAAN DINEGERI ITU MAKA SUDAH SEPANTASNYA BERLAKU PERKATAAN KETENTUAN KAMI, KEMUDIAN KAMI HANCURKAN NEGERI ITU DENGAN SEHANCUR-HANCURNYA." Maksud Surah Al-Isra Ayat 16.
Sama-sama kita fikir dan Renung-renungkan.

Tuesday, December 16, 2008

SEPETANG SEPINGGAN BARYANI



Sessi sepetang sepinggan baryani pada 16 Disember 2008 jam 17.00 di Orange Valley Baryani Gam, Prima Saujana Kajang. Dari kiri: Mej Razak Sipit, Azizah Safri, Oked & Ahmad Supalil bersama anak-anak. (Tidak kelihatan penulis sebab sedang menekan "button" kamera telefon bimbit untuk merakam gambar ini). Kami tidak pernah bertemu sejak Razak dan Azizah meninggalkan alam persekolahan pada 1987. Razak dan Azizah adalah rakan sekelas manakala Razak adalah rakan team volleyball SMSM bersama saya sejak 1984 hingga 1987.

Kami pernah bersama dalam satu pasukan semasa menjuarai Pertandingan Bolatampar Bawah 15 Tahun Peringkat MSSD Batu Pahat pada 1985 di Sekolah Menegah Dato Sulaiman Parit Sulung. Hadiah kemenangan itu masih saya simpan hingga kini sebagai kenang-kenangan. Mej Razak bertugas di Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka dan Azizah bertugas di Saujana Impian Golf Resort, Kajang. Walaupun lokasi kediaman kami juga tempat bertugas kami begitu hampir namun tidak pernah bertemu sebelum ini menjadikan pertemuan ini satu pertemuan yang pertama sejak 20 tahun.

Pertemuan ini tidak dirancang lebih awal hanya kebetulan pada 15 Disember saya menelefon Razak yang menyatakan beliau ada tugas di MINDEF pada 16 Disember. Jadi kami bercadang untuk minum bersama di Dunkin Donut Tol Sg Besi, bagaimanapun kebetulan ketika kami sedang minum Supalil menelefon saya menyatakan ingin singgah di restauran saya untuk makan bersama anak-anak. Lalu saya mencadangkan untuk turut serta. Lalu saya menelefon Azizah jika beliau ada kesempatan bertemu rakan-rakan lama.

Alhamdulilah beliau ada kesempatan meluangkan masa selepas waktu pejabat. Bagaimanapun cuba kita saksikan pinggan kosong yang meninggalkan tulang kambing di hadapan Razak, selera nampak....... walaubagaimanapun Azizah mungkin berpuasa atau diet untuk awet muda, mungkin juga dengan sebab itu beliau tetap kelihatan seperti 20 tahun dulu tetap slim dan ayu. Harap beliau tidak marah dengan gurauan saya. Semoga kita akan terus dapat mencari dan merapatkan silaturahim di antara rakan-rakan lama. Sekian, Wasalam.

Catatan Admin: Terima kasih kepada Norakir kerana telah menghantar berita ini.

Monday, December 15, 2008

GAMBAR KELUARGA RAZAK BIN SIPIT

Gambar bekas rakan pelajar Abd Razak dan Pn Kamariah (kedua-dua bekas pelajar SMSM 1987) bergambar bersama anak-anak di Pulau Langkawi Kedah

PERLAWANAN BOWLING

Ahli Majlis Tertinggi PEKASA telah bersetuju untuk menganjurkan perlawanan bowling persahabatan. Keputusan ini diambil selepas AMT PEKASA bermesyuarat pada 14 Dis 2008 jam 2100 di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi.

Butir-butir perlawanan adalah seperti berikut:

a. Tarikh : 1 Jan 2009.

b. Masa : 10 pagi.

c. Tempat : Mines Bowling.

d. Yuran : RM 20 seorang.

Kepada semua ahli yang berminta diminta menghubungi saya di email azmi_johor@yahoo.com

Tujuan perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara bekas pelajar SMSM.

Terima kasih.

Thursday, December 11, 2008

BEKAS PELAJAR SMSM DI DUBAI - 1985

Bekas pelajar SMSM yang merantau di Dubai. Jamsari bin Jalal dan isteri Roslina bte Sanip

Monday, December 1, 2008

SEIKHLAS KASIH SAYANG YANG ABADI...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran keperingkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apaorang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dans erpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Ada yg sedih dan menangis ke???


P/S: Cerita ini aku dapat melalui email dan disiarkan untuk renungan semua. Kepada penulis cerita ini maaf kerana menyiarkan tanpa kebenaran anda. Memang menyentuh perasaan.