Wednesday, May 20, 2009

SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI

Assalamuaalikum;

Kembali bertemu sejak beberapa lama menyepi diri disebabkan beberapa perkara yang mendesak untuk diperinci dan dijayakan. Banyak perkara harian yang menjadi tugas rutin kita dari soal kerja hinggakan kepada urusan keluarga kadangkala menyesakkan kita. Kadangkala kita terlupa pula kepada riadah untuk menenangkan fikiran. Pada 22 Mac 2009 lalu sempat beriadah seketika bersama Supalil dan keluarga di Sungai Tekala. Seronok juga memandangkan memang sudah lama tidak melakukan aktiviti sedemikian kerana kesibukan yang kita cipta sendiri. Dapat juga merasa BBQ ayam dan kambing dijamu bersama Nasi Goreng Cina dan Nasi Lemak yang dibawa Oked. Sambil-sambil mandi melayan anak-anak melintas pula penjaja aiskrim, terasa zaman budak-budak. Berikut antara gambar-gambar di Tekala.

Hingga bertemu lagi.






Wednesday, May 13, 2009

BEKAS PELAJAR SMKSM DAN JUGA BEKAS ANGGOTA ATM - (TUDM - LLP) MEMPEROLEHI IJAZAH KEDOKTORAN SAINS POLITIK


Berkat kesabaran, pengorbanan dan perjuangan sejak 32 bulan dengan memerah tenaga, pemikiran, masa, wang ringgit dan sokongan keluarga lalu hasilnya terlerai pada 10 Mei 2009. Sebenarnya perjuangan beliau bermula sejak 17 tahun lalu tanpa henti apabila memulakan titik perjalanan dengan mendaftar sebagai siswa Diploma Komputer & Pengurusan luar kampus. Hasil pertama ternoktah pada 01 Disember 1995 di Dewan Tuanku Canselor UM dengan Penganugerahan Graduan Bestari dari Yang Mulia Prof. DiRaja Ungku Aziz. Sejak itu tidak menoleh kebelakang, melangkah setingkat demi setingkat dengan Ijazah Sarjana Muda (Hons) & Sarjana dalam dalam bidang Teknologi Maklumat dan akhirnya Ijazah Kedoktoran Sains Politik dari Berkeley International University Southern Carlifornia, USA. Malah ini merupakan catatan sejarah kerana beliau Graduan PhD pertama di Malaysia dalam Bidang Sains Politik bagi program kerjasama Transair, Interbankers International, IBC.

Kejayaan beliau ini mungkin yang pertama dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia iaitu seorang bekas anggota tentera dari LLP yang berjaya memperolehi PhD.

Teman yang dimaksudkan adalah Norakir bin Nordin dan kini beliau layak untuk kita semua memanggil beliau dengan gelaran Dr Norakir bin Nordin

Saya dan juga seluruh bekas pelajar SMKSM dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada beliau

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya
Ungkapan ini aku terima melalui email dan ucapan terima kasih kepada yang menghantar email ini.

Monday, May 4, 2009

CADANGAN MAJLIS MAKAN MALAM PEKASA


SATU MAJLIS MAKAN MALAM AKAN DIANJURKAN UNTUK BEKAS PELAJAR SMKSM TINGKATAN 5 TAHUN 87, 88 DAN 89. MAJLIS BERTUJUAN UNTUK MENEMUKAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG LAMA TIDAK BERJUMPA DAN MENGERATKAN LAGI TALI SILATURAHIM. MOHON HEBAHKAN KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN INI. MAJLIS INI AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI DI BAWAH:

MASA : 08.00 hingga 12.00 PM

TARIKH: 26 DISEMBER 2009 (SABTU) - Cadangan

TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI SERI MEDAN

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK TURUT SERTA DALAM PROGRAM INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI:

a. EN. AZMI BIN AHMAD di alamat email azmi_johor@yahoo.com - 1988
b. PN ZARINA BT MUSLIM di alamat email zarina@arb.com.my - 1988
c. PN RAFIAH @OKED BT HJ SANUSI di alamat email rafiahsanusi2004@yahoo.com - 1987
d. EN RAZAK BIN SIPIT di alamat email raza6854@yahoo.com - 1987
e. EN NORAKIR BIN NORDIN di alamat email survinet@tm.net.my - 1988
Bagi semua bekas-bekas pelajar yang belum dan telah menjadi ahli PEKASA mohon jasabaik untuk memberikan butiran diri seperti nama, no telefon dan alamat serta tahun terakhir menuntut di SMKSM bagi tujuan pentadbir blog dan juga penganjur untuk membuat kemaskini pangkalan data yang akan diwujudkan. Bagi yang mengetahui di mana rakan-rakan lain adalah juga diharapkan dapat memaklumkan kami alamat dan no telefon untuk dihubungi. Walaupun majlis dicadangkan atas nama bekas pelajar tahun 1987, 1988 dan 1989, namun sebarang penyertaan dari semua lepasan SMKSM amatlah dialu-alukan dan dihargai. Apa yang ingin dianjurkan ini merupakan satu permulaan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar kerana bukanlah satu perkara mudah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar dalam masa singkat.