Wednesday, September 10, 2008

Cikgu Haji Abdul Rahman ( Dalam Kenangan )

Foto-foto ini adalah sewaktu saya dan ayah saya melaksanakan Ibadah Qurban yang disempurnakan oleh Allahyarham Cikgu Haji Abdul Rahman di awal tahun 1990-an bertempat di hadapan kuaters perumahan guru-guru SMSM.

Antara yang hadir sama ialah Ustaz Mikraj yang juga Ex-Cikgu Agama SMSM. Beliau adalah juga calon PAS DUN Sri Medan pada Pilihanraya 2008 yang lepas.

By : Alfadzilah Bin Hj Mat Aris

Tuesday, September 9, 2008

SAHABAT LAMA YANG MENYEPI - SAMSURIE



Gambar terbaru sahabat lama yang menyepi Samsurie bin Jumain. Bertugas di Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Butterworth. Bekas pelajar SMSM tahun 1984 - 1988 dan kelas terakhir beliau adalah 5 Sains.

Friday, September 5, 2008

MAKLUMAT AWAL PERJUMPAAN HARI RAYA

Perkumpulan bekas pelajar SMSM akan membuat perjumpaan hari raya dan disamping itu akan menziarahi bekas-bekas guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Seri Medan. Butiran perjumpaan adalah seperti berikut:

a. Tarikh - 04 Oktober 2008 (Sabtu)

b. Masa - 0900.

c. Tempat berkumpul - Di hadapan masjid Seri Medan.

Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan saya maklumkan. Sekian terima kasih.

Tuesday, September 2, 2008

KEJAYAAN BEKAS PELAJAR SMSM












Satu kejayaan membawa delegasi dan misi perniagaan ke luar negara. Pada 15 Julai 2008 delegasi perniagaan Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan Eco Natural Sdn Bhd: En. Abu Sarin Baha, Konsultan Eco Natural: Dr. Zainuddin, Pengarah Projek: Norakir Nordin (sebelah baju kuning) dan Pengarah Operasi: Puan Tina Ali telah mencatat satu kejayaan dalam misi pelaburan ke Sumatera Selatan. Mesyuarat di pengerusikan oleh Bupati Wilayah Banyuasin dan Wakilnya serta seluruh ketua Jabatan atau Dinas Pemerintah Wilayah tersebut. Kehadiran delegasi Malaysia ini amat dialu-alukan oleh pemerintah Indonesia bagi tujuan menjana dan merangsang ekonomi wilayah tersebut. Misi ini adalah untuk mendapatkan kelulusan pemerintah wilayah Sumatera Selatan untuk membuka Kilang & Incinerator Pelupusan Sisa Hospital bernilai RM 20 Juta di Wilayah Banyuasin, Sumatera Selatan. Diharapkan kejayaan seumpama ini akan menjadi panduan dan contoh kepada seluruh bekas-bekas pelajar serta seluruh warga SMSM yang masih mencari ruang kejayaan.



Thursday, August 28, 2008

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SMSM

Pertama-tama kali saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat melayari Blog ni. Untuk makluman semua, tujuan blog ini dibuat adalah untuk menemukan semua bekas pelajar SMSM tidak kira dari tahun berapa. Blog ini tidak tertumpu kepada bekas pelajar tahun 1988 sahaja. Ianya terbuka kepada semua. Walaubagaimana pun saya mengucapkan kepada semua bekas pelajar smsm SELAMAT DATANG. Sekian

Tuesday, August 26, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51 TAHUN

Hanya tinggal 5 hari untuk kita menyambut Bulan Ramadhan (insyallah) dan 4 hari lagi untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51 tahun.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan maka kita bertemu kembali bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada semua bekas pelajar SMSM dan juga kepada semua pelawat saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 51 tahun.

Friday, August 1, 2008

KENAL SIAPA DIA

Kepada semua teman, mungkin ada dikalangan anda kenal siapa yang bergambar sebelah saya bertali leher biru. Norakir kenal siapa gerangan beliau itu. Gambar ini diambil semasa lawatan Putera Sultan Brunei ke Maktab Tentera Diraja. Untuk pengetahuan semua gambar orang yang bertali leher biru disebelah saya itu adalah En Yusni bin Mohd Jamil. Bekas pelajar SMSM tahun.....lupa saya tahun bila.

Monday, June 2, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Bulan Mei telah melabuhkan tirainya. Bulan lepas kita telah meraikan hari ibu. Sekarang tiba pula giliran untuk kita menyambut hari bapa. Tidak kiralah panggilan apa yang kita berikan kepadanya. Ada yang memanggil "ayah, abah, papa, daddy" tapi membawa maksud yang sama. Kepada yang telah berkahwin dan mempunyai anak kita juga telah bergelar bapa. Tapi ingatkah anda sekalian kepada bapa kita yang berada di kampung.

Bapa telah banyak berkorban tenaga semasa dahulu untuk memberikan pendidikan sehingga kita berjaya menjadi manusia dan warganegara yang berguna. Tetapi kini ramai anak muda yang sanggup menderhaka kepada bapa hanya kerana keengganan bapa memenuhi keinginan, kehendaknya atau pun sebaliknya. Telah banyak iktibar yang ditunjukkan di media-media elektronik ataupun di media masa bagaimana perlakuan anak-anak terhadap bapa.

Wahai Manusia, ingatlah akan Tuhan kamu; Dialah yang Esa yang menciptakan kamu dari seorang, dan menciptakan darinya pasangan, dan membiakkannya menjadi ramai lelaki dan perempuan. Kamu mesti mengambil berat terhadap Allah, yang mana kamu telah berikrar dengannya, dan mengambil berat terhadap ibu bapa kamu. Kerana Allah sentiasa Memerhatikan kamu. Maksud ayat surah al nesa.

Dalam kesibukan kita bekerja mencari harta dunia, ingatlah kepada bapa kita yang berada di kampung. Walau sejauh mana pun kita pergi, kampung halaman jangan dilupakan. Umpana pepatah melayu Walaupun setinggi mana burung bangau terbang, kebelakang kerbau juga ia hinggap. Kepada semua sahabat, renungkanlah seketika perbuatan kita yang telah lalu, adakah kita ada membuat kesalahan yang menguris hati bapa kita. Tepuk dada tanya iman. Fikir-fikirkanlah!.

Kepada teman-teman yang bapanya telah kembali kerahmatullah, perbanyakkanlah doa, kerana doa dari anak yang soleh/solehah sahaja dapat memberikan rahmat kepadanya. Kepada yang masih mempunyai bapa haruslah bersyukur dengan rahmat yang diberikan.

Tanpa disedari kita semua mungkin telah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasannya. Tapi ingatkah anda pengorbanan yang telah beliau berikan kepada kita. Sebagai ketua keluarga, bapa telah banyak berkorban untuk kita. Ibu selalu berkata "Abah balik nanti mak beritahu yang kau nak beli buku", "Jangan nakal nanti abah balik teruk kena belasah". Itu adalah sebahagian kata-kata yang biasa kita dengar dari mulut ibu tentang bapa. Tentu anda semua masih ingat bukan.

Oleh yang demikian sempena sambutan hari bapa pada bulan ini, kita sebagai anak-anak luangkanlah sekelumit masa untuk balik melihat bapa. Walau sebanyak mana harta atau setinggi mana pelajaran kita jika tanpa restu dan doa bapa apalah ertinya.

Selamat Hari Bapa.................

KEINDAHAN ALAM















Hayatilah keindahan ciptaan tuhan yang maha esa.

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Lihatlah keindahan alam semula jadi. Gambar ini saya ambil semasa mengikuti aktiviti di Pusat Arus Deras Kebangsaan di Jeram Besu, Raub Pahang. Cuti-cuti malaysia