
Wednesday, May 13, 2009
BEKAS PELAJAR SMKSM DAN JUGA BEKAS ANGGOTA ATM - (TUDM - LLP) MEMPEROLEHI IJAZAH KEDOKTORAN SAINS POLITIK

Thursday, May 7, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Selalu.. aku ingat pasanganku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Monday, May 4, 2009
CADANGAN MAJLIS MAKAN MALAM PEKASA
SATU MAJLIS MAKAN MALAM AKAN DIANJURKAN UNTUK BEKAS PELAJAR SMKSM TINGKATAN 5 TAHUN 87, 88 DAN 89. MAJLIS BERTUJUAN UNTUK MENEMUKAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG LAMA TIDAK BERJUMPA DAN MENGERATKAN LAGI TALI SILATURAHIM. MOHON HEBAHKAN KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN INI. MAJLIS INI AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI DI BAWAH:
MASA : 08.00 hingga 12.00 PM
TARIKH: 26 DISEMBER 2009 (SABTU) - Cadangan
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI SERI MEDAN
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK TURUT SERTA DALAM PROGRAM INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI:
a. EN. AZMI BIN AHMAD di alamat email azmi_johor@yahoo.com - 1988
Tuesday, April 28, 2009
GUA TEMPURUNG DAN KELLIE CASTLE
Aku di dalam gua tempurung.
Perjalanan selama hampir 3 jam begitu mencabar. Dalam lawatan ini ada 3 peringkat. Pertama untuk lawatan selama 1/2 jam (biasa), 1 1/2 jam (mencabar) dan 2 jam 45 minit (paling mencabar) - itu pun kalau aku x silap la akan maklumat ni. Dipertengahan jalan kumpulan telah memadamkan lampu suluh yang dibawa. Keadaan memang gelap gelita dan maklumat dari pihak "guide" kegelapan tanpa lampu didalam gua adalah 8 kali lebih gelap pada waktu malam. Memang dapat aku rasakan kegelapan itu, ini kerana kawan yang berada hanya 1 kaki dari aku tidak kelihatan.
Bersama-sama teman berehat untuk melepaskan penat dan mengambil gambar kenangan.
Berada di paras ketinggian hampir 500 meter di dalam gua tempurung.
Di penghujung gua tempurung sebelum berpatah balik ke pintu gua.
Salah satu keajaiban yang berada di dalam gua tempurung.
Lawatan ke Kellie Castle yang terletak di Batu Gajah dan 20 minit perjalanan dari Ipoh, Perak pada sebelah petang selepas selesai XPDC di Gua Tempurung. Kellie Castle adalah tanda cinta seorang warga Scotland yang bernama William Kellie Smith terhadap isterinya. Ianya dibina mengunakan batu-bata yang dibawa dari Scotland dan salah satu bahan digunakan untuk membinanya adalah kuning telur. Bangunan yang pertama dibina mempunyai lif di negara kita. Ianya telah dibina pada tahun 1915.
Bergambar di sebatang pokok yang mempunyai imej beruang melekap di pokok.
Aku bergambar berlatarbelakang Kellie Castle.
Kellie's Castle
Wednesday, February 11, 2009
Wednesday, January 21, 2009
JUMPA SAHABAT LAMA
Pada hari Jumaat lepas 16 Jan 2009, saya berada di Kuala Lumpur atas tugas di Pej Timb Menteri Pertahanan. Terdetik hati saya untuk menghubungi sahabat lama Zainal, ekoran pertemuan dengan Norakhir di Restoren Baryiani beliau di Kajang. Didalam pertemuan tersebut sempat juga beliau menghubungi Azizah, Ahmad Supalil dan Oked untuk turut sama setelah hampir 22 tahun tidak berjumpa.
Pertemuan yang tidak dirancang tersebut memberikan seribu kemesraan saling mengenal antara satu sama lain, maklumlah perubahan fizikal dan rupa dek kesan usia yang semakin meningkat. Maka mula berkira lah siapa lagi rakan-rakan yang masih belum dapat dihubungi. Alhamdulilah diatas usaha Norakhir berjaya mendapatkan nombor telefon Zainal namun gagal untuk menghubungi beliau. Maka pada hari Jumaat lepas barulah saya dapat berbual dengan beliau yang baru sahaja menghabiskan kursus selama 2 minggu. Diatas kesungguhan beliau maka kami persetujui untuk berjumpa selepas jam 5.30 petang di Setiawangsa.
Tepat jam 5.30 petang Zainal telah pun menunggu saya di sebuah Restoren Shahjahan Maju. Seperti yang saya katakan sebelum ini perubahan fizikal dan rupa nampak ketara. Saya percaya sekiranya tidak berjanji untuk berjumpa maka saya mungkin sudah tidak mengenali beliau. Zainal juga akur setelah 22 tahun meninggalkan alam persekolahan beliau juga sudah gagal mengingat nama rakan-rakan lain yang pernah sekelas dahulu. Malah beberapa orang guru yang telah mengajar dahulu pun beliau tak ingat.
Banyak cerita yang dapat dikongsi bersama, memandangkan beliau ada tugasan lain maka pertemuan tersebut berakhir sejam selepas itu. Pada peringkat awalnya Norakhir juga berminat untuk turut serta pada pertemuan tersebut namun kesesakan Kuala Lumpur waktu tersebut amat mengecewakan beliau. Untuk maklumat rakan bekas pelajar SMSM sekelian, Zainal adalah rakan sekelas saya yang berasal dari Pt Hj Ahmad Seri Medan. Beliau kini bertugas sebagai anggota polis trafik di Balai Polis Jln Bandar KL. Telah berkahwin dengan wanita pilihannya berasal dari Cheras dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Anak sulung kini bersekolah darjah 4. Beliau tinggal di kuarters polis Setiawangsa. Penglibatan beliau dalam sukan bina badan bersama-sama jaguh bina badan negara Sazali Samad telah membawa beliau bertanding ke luar negara. 1998 merupakan kali terakhir penyertaan beliau memandangkan kos perbelanjaan ubat-ubatan yang tinggi sukan tersebut.
Zainal boleh dihubungi melalui no tel 0196103256 (mana la tau nak settle saman ke).
Monday, January 19, 2009
BERHENTI SEJENAK
Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.
Tuesday, January 6, 2009
ASAS KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهْ
Bertemu sekali lagi untuk sama-sama berkongsi pandangan dan idea untuk membentuk kejayaan dan jatidiri anak-anak. Saya percaya sifat mesra, rendah diri, perkongsian ilmu dan percambahan fikiran mampu mencerna minda dan harapan besar kita untuk melihat anak-anak kita berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak bangsa yang mempunyai kekuatan diri untuk menghadapi cabaran dalam hidup mereka nanti.
Keadaan persekitaran yang berubah dari masa ke semasa mewujudkan persaingan yang jauh lebih mencabar pada masa hadapan. Perkembangan teknologi, ekonomi, kerohanian dan kekuatan institusi kekeluargaan adalah antara elemen yang memberikan impak besar kepada pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, saya percaya untuk melahirkan satu Bangsa Malaysia yang berjaya dan maju kekuatan nilai ilmu (pendidikan) dan ekonomi adalah menjadi asas penting. Saya tidak berhasrat bercakap untuk menletakkan entiti kita ini terlalu luas maka saya kecilkan kepada linkungan kita sahaja. Anak-anak perlu kita sediakan kekuatan diri dari faktor rohani, agama, pendidikan dan jatidiri yang kuat. Untuk itu saya ingin berkongsi pendapat dan pengalaman yang dikirimkan oleh Lt Kol Rosli Hj Bahrun (Pegawai Memerintah 8 Renjer PARA, Kem Terendak, Melaka yang juga merupakan bekas pelajar SMKSM 1983) kepada saya melalui e-mail pada Sabtu, Disember 07, 2008 2:53 AM lalu. Anak-anak beliau mendapat keputusan baik dalam PMR 2006 iaitu 6A dan UPSR 2007 dengan 4A1B dan UPSR 2008 juga 4A1B. Menurut beliau walaupun keputusan itu bukanlah satu keputusan yang cukup cemerlang namun ianya memuaskan hati kerana mereka sedang menghadapi dugaan besar pada ketika itu. Antara lain beliau menyatakan pendapat dan pandangan seperti berikut (Penjelasan di bawah telah saya olah sedikit untuk disesuaikan bagi tatapan umum, oleh yang demikian susunan ayat mungkin berubah daripada apa yang dikirimkan kepada saya):
a. Ibubapa jadi contoh; usaha dan pencapaian pelajaran ibu bapa boleh menjadi contoh kepada anak-anak untuk berusaha lebih gigih untuk menyaingi pencapaian ibu bapa mereka.
b. Jika berkemampuan hantar anak-anak belajar di sekolah yang terpilih untuk mewujudkan persaingan antara pelajar kerana sekolah yang terpilih memiliki pelajar yang terbaik untuk bersaing sesama mereka bergantung kepada kemampuan kita juga kelayakan anak-anka itu sendiri.
c. Tentukan anak-anak berkawan dengan 3-4 rakan tetap sebagai “Study Group” dengan melihat latarbelakang mereka.
d. Memperuntukan sejumlah perbelanjaan untuk mendapatkan buku-buku rujukan berkualiti. Beliau mencadangkan buku-buku keluaran Longman.
f. Membimbing anak-anak dari segi masa / cara belajar. Perlu menetapkan objektif belajar dan menentukan pembelajaran yang sistematik serta menetapkan garis tuju dan matlamat yang ingin dicapai selaras dengan bidang pengkhususan pengajian tinggi dan kerjaya semasa memasuki alam pekerjaan.
g. Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak. Bertanya masalah, berikan semangat dengan mengatakan perlunya ilmu untuk masa hadapan.
h. Uji pencapaian dengan kertas-kertas soalan percubaan. Latihan tubi juga penting untuk memastikan mereka mendapat latihan tambahan secukupnya. Saya berpendapatan selain daripada soalan-soalan tahun-tahun sebelumnya, soalan-soalan yang boleh diperolehi daripada buku-buku yang dijual dan kelas-kelas tambahan di luar, soalan juga boleh diperolehi dari sumber internet dan media cetak seperti Akhbar Didik Kumpulan News Strait Times juga Utusan Malaysia.
i. Tentukan anak-anak belajar tanpa tekanan. Ibu bapa jangan meletakkan tekanan tinggi kepada anak-anak. Cukup dengan menyatakan buat yang terbaik & sama-sama terima apa hasilnya. Anak-anak tidak mungkin berjaya apabila tertekan kecuali sifat anak itu sendiri yang mempunyai kekuatan dan kebolehan diri yang tidak dipertontonkan. Sebahagian besar anak-anak tidak faham & mungkin tidak dapat mengendalikan tekanan.
j. Beri masa rihat yang cukup sebelum & selepas mengulangkaji pelajaran.
k. Sediakan persekitaran belajar yang tiada gangguan seperti bunyi bising dan kemudahan yang selesa bergantung kepada kemampuan.
l. Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan guru dan berikan tip kepada anak-anak teknik-teknik menjawab soalan. Dalam hal soalan subjektif, ramai pelajar gagal memahami kehendak soalan. Mereka sangka jawapan betul, sebaliknya tidak memenuhi keperluan soalan. Jelaskan juga agihan masa kepada setiap soalan agar tidak membazirkan masa.
m. Bersedia membantu / membimbing anak-anak belajar dengan ikhlas.
Perkara-perkara a hingga m di atas adalah pendapat dan pengalaman beliau sendiri yang telah saya susun atur semula untuk kesesuaian setiap lapisan status ibu bapa. Namun saya sendiri berpendapat ada beberapa perkara boleh ditekankan jika ibu bapa kenal potensi diri anak-anak mereka. Kesilapan kita suatu masa dulu adalah kesedaran dan kegagalan kita sendiri mengenal potensi diri dan kurangnya bimbingan dan motivasi dari hal halatuju. Saya percaya untuk membincangkan berkenaan hal pembelajaran ini saya bukanlah orang yang selayak kerana ianya juga bukan bidang kepakaran saya namun sedia berkongsi pandangan jika ada kalangan kita ingin mencari contoh dari sudut yang berbeza bagaimana saya keluar dari kepompong yang membelenggu diri saya juga sempadan yang kita wujudkan sendiri secara tidak sedar.
Sekian, sampai bertemu lagi di catatan yang lain.
Saturday, January 3, 2009
ASAS KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Para sahabat dan pembaca yang dikasihi;
Bagi anda yang belum berpeluang menatap akhbar hari ini mungkin belum membaca ruangan rencana Utusan Malaysia hari ini 03 Januari 2009 muka surat 10.
Saya kira ia satu tulisan yang boleh kita sama-sama beri perhatian dan renungkan yang mungkin boleh dipraktikkan bersama. Berikut adalah tulisan Prof Madya Dr. Rusinah Siron, Kolej Pengurusan Bisnes & Perakaunan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
ASAS KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang telah diumumkan baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada tahun 2007.
Anak-anak dari latar belakang keluarga yang miskin, anak-anak kurang upaya, keluarga yang berada, anak yatim piatu dan dari bandar dan luar bandar, kesemuanya mampu mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Ini kerana kejayaan itu adalah hak bagi mereka yang berusaha untuk mencapainya bukan hak mereka yang datang daripada golongan tertentu sahaja. Kejayaan berada di mana-mana dan tidak boleh ditentukan oleh keadaan sekolah, lokasi, latar belakang keluarga dan persekitaran, kerana telah terbukti sekolah tidak berasrama penuh juga mampu mencapai kejayaan cemerlang.
Jadi apakah faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu berjaya? Penulis telah mengadakan temu bual dengan beberapa orang pelajar cemerlang dalam PMR yang mendapat 8A hasil pertemuan dengan rakan-rakan penulis yang mempunyai anak-anak cemerlang dalam PMR.
Hasil sesi temu bual ini dapat kita kongsi bersama untuk mengetahui bagaimana untuk membentuk kecemerlangan akademik bagi anak-anak kita khususnya yang akan menduduki PMR bagi tahun 2009 ini.
Berikut adalah antara pendapat pelajar yang cemerlang dalam PMR 2007 dan mendapat 8A mengenai pendekatan belajar dan cara pembelajaran mereka:
a. Jangan selalu ponteng kelas tanpa sebab dan tanamkan dalam fikiran bahawa setiap kali ponteng kelas, banyak ilmu yang diberikan oleh guru dalam kelas akan tertinggal.
b. Selalu mendengar dengan teliti akan penerangan guru dan bertanyalah kepada guru jika tidak faham kerana ada ketikanya dalam menjawab soalan, segala penerangan guru dalam kelas akan diingati.
c. Belajarlah secara konsisten dan bukan belajar secara 'sekejap ada, sekejap tak ada' minat untuk belajar. Pada awal tahun lagi belajarlah secara berterusan paling kurang pun dua jam sehari dan paling lama empat jam tetapi mesti konsisten.
d. Buat latih tubi secara berterusan terutama subjek yang sukar dan latihan ini perlu dibuat di buku latihan, buku kerja dan juga di akhbar-akbar yang menyiarkan ruangan pendidikan.
e. Jangan lupa untuk merehatkan fikiran dengan menyertai program-program riadah dan aktiviti sekolah.
f. Dengar dan patuh kepada kata-kata ibu bapa kerana doa dan restu ibu bapa sangat penting dalam menjana kejayaan anak-anak.
g. Pendapat ibu bapa mengenai peranan, usaha dan komitmen yang perlu diberikan kepada anak-anak bagi memastikan kejayaan dalam pelajaran mereka adalah seperti berikut:
h. Terapkan nilai murni dalam keluarga agar anak-anak dapat pengukuhan mental, fizikal dan spiritual yang seimbang dalam pertumbuhan diri mereka.
i. Jangan lupa memasak makanan yang berkhasiat untuk anak-anak dan jangan biarkan anak berlapar dan memakan makanan yang tidak berkhasiat.
j. Jangan memarahi anak-anak dengan kata-kata yang tidak elok seperti "bodoh", "lembab otak," "pemalas" dan sebagainya tapi gantikan dengan kata-kata yang memotivasikan mereka seperti "bertuah punya anak", "belum pandai," dan "belum rajin".
k. Jangan memukul anak-anak dengan penuh rasa marah, sakit hati atau benci di kepala, muka dan tubuh badan. Anak- anak akan menyimpan rasa dendam dan rasa benci pada ibu bapa.
l. Berdoalah untuk anak-anak kerana doa dan restu ibu bapa adalah penting bagi kesempurnaan dan kejayaan anak- anak.
Kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah kejayaan yang perlu dilihat dengan perspektif yang luas iaitu dalam konteks fizikal, mental dan spiritual bagi memastikan anak-anak bukan setakat berjaya dalam pelajaran sahaja tetapi juga dalam membina sahsiah diri yang seimbang sebagai insan yang cemerlang.
