Saturday, November 15, 2008

KURSUS ASAS FOTOGRAFI

Gambar ini diambil semasa saya menghadiri kursus asas fotografi digital di fototeacher di megan phoniex Cheras pada 8 dan 9 Nov 08.

Wednesday, November 5, 2008

CINTA MANUSIA

1. "Ambillah kapak belahlah dada", "Abang sanggup renangi lautan api". "Ayang sanggup serahkan segala-segalanya demi membuktikan kasih sayang ayang". Kata-kata ini selalu kita dengar didalam dialog-dialog filem. Boleh dikatakan dialog wajib yang perlu ada dalam setiap filem cinta di negara kita.

2. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”.

3. Kita sering dihidangkan dengan berita-berita sensasi di media arus perdana berkenaan dengan keruntuhan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta atau pun atas dasar duit (pilih yana mana satu diri anda). Kalau anda pernah terdengar ayat ini, jangan percaya 2 perkara: duit dan $%^*t (dah kena sensor tu)

4. Kata-kata di atas sering diucapkan semasa kita sedang dilambung ombak, ombak yang lebih besar dari ombak di laut bering. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Cinta itu boleh diibaratkan seperti nyamuk yang mengigit, dibiar sakit digaru sedap.

5. Pelbagai persoalan timbul, masing-masing menyalahkan pasangannya dan yang lebih merumitkan lagi penglibatan orang ketiga dalam kes ini. Setiap insan didunia diberikan dengan akal dan fikiran, berfikirlah secara waras. Setiap tindakan yang kita lakukan haruslah difikirkan dengan sebaik-baiknya.

6. Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

7. Hormat-menghormati, saling percaya mempercayai dan bertimbang rasa adalah salah satu resepi dalam hidup berumahtangga. Setiap masalah yang timbul kita harus selesaikan dengan sebaik mungkin dan ingatlah sesungguhnya bala tidak akan diturunkan, melainkan kerana kesalahan yang dilakukan oleh manusia (kita la tu). Oleh itu berfikirlah, mungkin sebelum ini aku pernah melakukan kesalahan pada orang lain atau pun adakah ini kerana balasan ke atas dosa-dosa yang telah kulakukan sebelum ini.
8. Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

9. Berapa ramai yang meletakan gambar isteri/suami dan anak-anak dimeja tempat anda bekerja sekarang ini. Jika anda ada meletakan gambar, syukur alhamdullilah jika tiada, anda fikirlah sendiri.

10. Sebagai suami kita kena ingat isteri/wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian kita kena menjaga dan memahami perasaannya demi kebaikan bersama.

KRONOLOGI TERTUBUHNYA PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM (PEKASA)

1. Pada awal Mei 2004 saya telah dapat melayari laman web SMSM dan saya tertarik dengan seorang pengunjung yang telah memberikan komen. Pengunjung tersebut juga pelajar tahun 1988. Disangkakan pengunjung tersebut seorang wanita dan saya berasa teruja untuk mengetahui siapakah pengunjung itu. Rupa-rupanya pengunjung tersebut adalah sahabat lama dari Sekolah Kebangsaan Seri Medan. Beliau bukan wanita tetapi lelaki. Pengunjung yang saya maksud adalah Alfadzilah bin Mat Aris. Maklumlah hampir 17 tahun tak berhubung. Maaf Fadzil kerana aku menyangkakan kau perempuan.

2. Ekoran dari itu maka bermulalah berbalas-balas email dan bertanyakan khabar dari masa kesemasa. Alfadzilah bin Mat Aris, Norakir bin Nordin, Zarina bte Muslim, Mohd Nizam bin Asri, Oked/Sufalil dan yang lain-lain banyak membantu saya untuk menjejaki teman-teman seperjuangan.

3. Oleh kerana buat masa ini saya bertugas di Maktab Tentera Diraja yang mempunyai persatuan bekas pelajar yang kukuh, saya berfikir kenapa SMSM tidak boleh mengikut jejak langkah tersebut. Maka dari itu tercetuslah idea untuk saya menubuhkan perkumpulan ini dan disokong oleh rakan-rakan yang lain. Tanpa mereka semua, saya percaya kumpulan ini tidak akan berjaya ditubuhkan.

4. Setelah hampir 2 setengah tahun perkumpulan ini berhubung hanya melalui email maka pada 16 Dis 2006 seramai 6 orang bekas pelajar dari tahun 1988, 1987 dan 1985 telah mengadakan pertemuan untuk merealisasikan perkumpulan ini. Ahli-ahli yang terlibat dalam perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:

a. Azmi bin Ahmad - SPM 1988.

b. Ahmad Sufalil bin Ismail - SPM 1985.

c. Norakir bin Nordin - SPM 1988.

d. Norazak bin Senu - SPM 1988.

e. Oked bte Sanusi - SPM 1987.

f. Zarina bte Muslim - SPM 1988.

5. 6 orang bekas pelajar yang hadir pada kali pertama dan ada beberapa lagi yang tidak dapat hadir pada perjumpaan tersebut adalah yang berusaha untuk menjadikan perkumpulan ini mencapai matlamat yang disasarkan. Sokongan dan dorongan dari bekas-bekas pelajar yang lain maka pada 10 Dis 2006 saya telah mengujudkan blog ini dengan nama PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM

6. Pada 28 Apr 2007, perkumpulan ini telah terlibat dalam program Perkhemahan Akademik SPM di SMSM dalam memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun itu. Seramai 10 orang bekas pelajar telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Bermula dari tahun 2006 sehingga 2008 majlis sambutan hari raya telah diadakan. Aktiviti ziarah menziarahi bekas guru dan pelajar dilakukan untuk mengimbas kembali zaman persekolahan.

7. Sehingga kini, semakin ramai bekas pelajar dari pelusuk negara dapat dihubungi. Kami sebagai perintis kepada kejayaan kumpulan ini amat berharap perkumpulan ini bolehlah dianggap sebagai satu-satunya perkumpulan rasmi bekas pelajar SMSM dan diharap Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM (PEKASA) mempunyai ramai ahli dari kalangan bekas pelajar SMSM. Mungkin nama perkumpulan ini boleh ditukar kepada Persatuan Bekas Pelajar SMSM dan singkatan PEKASA boleh dikekalkan.

8. Semoga disatu hari nanti PEKASA dapat berdiri dengan megah seperti OPA (Maktab Tentera Diraja) MCOBA (MCKK) dan lain-lain persatuan bekas pelajar. Difahamkan ada juga blog bekas pelajar tahun 1990 yang dibangunkan untuk mengikut jejak langkah ini. Tahniah diucapkan kerana dapat mengujudkan blog seperti ini. Tapi diharapkan agar kita dapat bersatu dibawah satu persatuan tanpa ada 2 atau 3 persatuan yang lain kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Friday, October 31, 2008

GAMBAR SEMASA SAMBUTAN HARI RAYA DI RUMAH NORAKIR

Aksi 2 jejaka terlampau
oked sungguh setia menunggu buluh runcing


Gambar kenangan di rumah terbuka Norakir bin Nordin semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 18 Okt 2008.




Friday, October 17, 2008

GAMBAR KENANGAN DI ALAM, MELAKA



Gambar kenangan semasa lawatan Kelab Kaunseling SMSM 1988

CADANGAN PELEKAT KERETA/MOTOR

Pelekat Kereta - 24 x 4
Pelekat Motor - Ukuran 4 x 4

Disini saya ada design pelekat kereta untuk Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM. Diharap kepada teman-teman yang mempunyai cadangan dan idea untuk menambahbaikan sila berikan maklum balas.

Friday, October 10, 2008

RAHSIA SOLAT

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan men i t i sdan kering sendiri.. Lalu ambillah sejadah, shalat, berzikir dan berdo'a. Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketikasolat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWTdengan zikir dan do'a.Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibirtapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "AllahumaKammaHassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMINU ntuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e..selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :"
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidaks ukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada dikalangan kamu yang perasan!!! "Wassalam." Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA NORAKIR NORDIN



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَآَتُهْ
(Bismillah al rahman al rahim)


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T; moga berada dengan
kesejahteraan dan kerahmatannya bersama keluarga.
Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menjemput para sahabat dan
kenalan bekas-bekas pelajar SMKSM dengan tidak mengira tahun
persekolahan samada peringkat abang-abang, kakak-kakak mahupun
adik-adik untuk sama-sama hadir ke rumah terbuka Aidilfitri saya dan
keluarga. Sesungguhnya rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T itu adalah
kurnianya untuk sekalian hamba-hambanya untuk sama-sama saling
bantu-membantu, hormat-menghormati dan kasih-mengasihi sesama kita
hambanya. Sesungguh juga majlis ini adalah khusus untuk bekas-bekas
teman SMKSM tanpa mengenal usia.
Harapan saya semoga majlis ini menjadi tali penyambung silaturahim
sesama kita. Insyallah, majlis akan berlangsung dari jam 12.00 AM ke
05.00 PM pada 18hb Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1429H dialamat
berikut:

No. 253, Jalan Kajang Perdana 2/19
Kajang Perdana
43000 KAJANG
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-87330816
Mobile: 013-3406972 / 016-2613859

Moga-moga majlis ini akan mendapat keberkatan Allah S.W.T hendaknya.
WASSALAM
NORAKIR BIN NORDIN
ROZITA BT SABAMI
NORIMRAN HAKIMI BIN NORAKIR




Monday, October 6, 2008

TERIMA KASIH

Terima kasih kepada semua teman-teman yang telah menjayakan program walaupun tak sepenuhnya sepertimana yang telah dirancang. Perubahan disaat-saat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan telah berlaku. Walaubagaimana pun ianya tidak menjejaskan program yang telah dirancang. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dilain masa.

Sunday, October 5, 2008

PRoGRaM AiDiLFiTRi 2008 SMSM

2. Di rumah Azmi Ahmad




ALhamDuLiLLaH PRoGRaM AiDiLFiTRi 2008 SMSM telahpun dijayakan pada 4 Oktober 2008. Gambar-gambar di sepanjang raya tersebut boleh dilihat di Pautan Koleksi Gambar SMSM.

Rancangan asal untuk beraya ke rumah Cikgu Isnin tidak dapat dilaksanakan disaat-saat akhir kerana Bonda Mertua Cikgu Isnin telah kembali ke Rahmatullah (AL-FATIHAH..). Sebagai gantinya, program raya diteruskan dengan beraya ke rumah Cikgu Burhan Yusof & Cikgu Mohd Asik Saim yang kedua-duanya adalah merupakan rakan persekolahan SMSM, dan kini merupakan Pendidik.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan ditahun-tahun hadapan dengan disertai juga oleh rakan-rakan yang lain.

Terima Kasih Daun Ubi Kepada Semua Yang Terlibat.

By : Alfadzilah Bin Hj Mat Aris