Monday, December 3, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN TAHUN BARU

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam dan juga tahun baru yang bakal menjelang tinggal 28 hari lagi dari tarikh hari ini (3 Dis 2007)

Tuesday, November 6, 2007

GAMBAR KENANGAN DI HARI RAYA 2007

Perkumpulan ini telah mengadakan aktiviti dengan menziarahi guru yang telah mengajar semasa kami semua masih di alam persekolahan. Kepada semua pelawat bolehlah klik di koleksi raya 2007 di ruangan pautan

Thursday, September 20, 2007

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua teman-teman bekas pelajar SMSM khasnya dan juga semua umat Islam amnya. Terima kasih kepada saudara-saudara semua kerana masih melayari blog perkumpulan bekas pelajar SMSM ini. Insyallah pada tahun ini perkumpulan ini akan cuba mengkoordinasikan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SMSM. Buat masa ini BP (Bekas Pelajar) Alfadzilah bin Mat Aris sedang berusaha untuk mengumpulkan seberapa ramai yang berminat untuk menyertai program ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi BP Alfadzilah di alamat email yang berada di senarai nama sebelah kanan blog ini.

Sekian terima kasih.

Wednesday, May 9, 2007

SIJIL PENGHARGAAN DARI SMSM - 2007



Terlebih dahulu saya sebagai wakil kepada Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima perkumpulan ini untuk menyumbangkan bakti kepada sekolah. Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan dilain masa. Disini juga dipaparkan Sijil Penghargaan dari pihak sekolah kepada perkumpulan ini.

AKTIVITI KELAB JASMANI PADA TAHUN 1988





Beberapa keping gambar Aktiviti Kelab Jasmani pada tahun 1988. Antaranya di padang majlis daerah Batu Pahat. Aktiviti berjalan kaki dari SMSM hingga ke Pantai Minyak Beku dan aktiviti XPDC ke Gunung Maokil.

SEKITAR AKTIVITI DI SMSM PADA 28 APR 2007





Beberapa gambar semasa aktiviti dijalankan. Kelihatan Norakir Nordin dan Ahmad Sufalil sedang menanti untuk menjamu selera. Disebelah tu yg nampak separuh adalah saya la. Kelihatan juga gambar pelajar-pelajar sedang asyik mendengar motivasi yang diberikan oleh En Nizam Asari.

Wednesday, April 18, 2007

AKTIVITI DI SEKOLAH MENENGAH SERI MEDAN

Pada 28 Apr 2007, Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM akan mengadakan aktiviti bersama-sama pelajar tingkatan 5 di SMSM. Aktiviti yang berbentuk membina sahsiah dan keyakinan diri serta motivasi akan bermula seawal jam 9 pagi dan dijangkakan berakhir pada jam 12 tengahari. Aktiviti ini adalah hasil inisiatif dari beberapa bekas pelajar dan keutamaan adalah untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun 2007. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara bekas pelajar dan pelajar.

Friday, January 12, 2007

DI GUNUNG KINABALU


Gambar saya (administrator)di waktu subuh semasa dalam pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu pada 28 Nov 2006 dan juga di puncak gunung. Lokasi ini adalah lebih kurang 300 meter selepas Sayat-sayat dan perjalanan kepuncak gunung lebih kurang 800 meter yg mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Keadaan begitu sejuk dan suhu pada masa ini adalah sekitar 8 ke 10 darjah.