Friday, January 12, 2007

DI GUNUNG KINABALU


Gambar saya (administrator)di waktu subuh semasa dalam pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu pada 28 Nov 2006 dan juga di puncak gunung. Lokasi ini adalah lebih kurang 300 meter selepas Sayat-sayat dan perjalanan kepuncak gunung lebih kurang 800 meter yg mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Keadaan begitu sejuk dan suhu pada masa ini adalah sekitar 8 ke 10 darjah.

Monday, December 18, 2006

PERLAWANAN SOFBALL BAWAH 18 TAHUN SMSM

Sebahagian pemain-pemain Softball bawah 18 tahun Sekolah Menengah Seri Medan pada tahun 1988. Kelihatan Mahzan Zakaria dan Norakhir bin Nordin (bertopi) sedang melambaikan tangan.

KENANGAN DI TASIK SERI MEDAN

Aktiviti kelas 5 Sains sedang membuat kajian di kawasan tasik seri medan pada tahun 1988. Kelihatan Norliza bte Kiat sedang menjamu selera setelah penat membuat penyelidikan.

GAMBAR ALFADZILAH DAHULU DAN SEKARANG



Inilah gambar Alfadzilah dahulu dan sekarang. Lihatlah perbezaan gambar yang telah diambil lebih kurang 17 tahun (gambar atas) bersama Hishamuddin bin Kandir dan kini sedang berkhidmat dengan JCorp (gambar bawah).

REUNION BEKAS PELAJAR SMSM


Satu majlis perjumpaan PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM telah berjaya diadakan pada 16 Dis 2006 bertempat di Restoran Beryani Gam Orange Valley Kajang. Ini merupakan perjumpaan yang julung-julung kali dapat diadakan. Walaupun tidak ramai yang hadir pada majlis tersebut tetapi kemeriahan tetap dapat dirasakan ini kerana ada dikalangan ahli-ahli yang hadir tidak bertemu hampir 20 tahun. Semoga dengan adanya berjumpaan itu diharap pada lain kali satu majlis yang lebih besar dapat diadakan dengan dihadiri lebih ramai lagi. Boleh dikatakan juga kumpulan ini adalah perintis kepada tertubuhnya perkumpulan ini.

Friday, December 15, 2006

GAMBAR BEKAS TEMAN SMSM - NORAKHIR BIN NORDIN

Beliau kini telah menceburi dunia perniagaan setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. Salah seorang bekas pelajar SMSM yang berjaya. Terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan antaranya sebagai pengusaha restoran dan juga mempunyai syarikat sendiri iaitu SURVIVAL NETWORK ENTERPRISE. Syarikat beliau kini beroperasi di Prima Damansara, Petaling Jaya.

RESTORAN BERYANI GAM NORAKHIR

Restoran Beryani Gam (Orange Valley) kepunyaan bekas pelajar SMSM iaitu Norakhir bin Nordin ini terletak di No D 17GB & 19GB, Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Restoran ini beroperasi mulai jam 10 pagi sehingga jam 11 malam. Menu utamanya adalah nasi beryani.

Thursday, December 14, 2006

GAMBAR KENANGAN BERHARI RAYA DI RUMAH USTAZ ZAKARIA PADA TAHUN 2005

Sebahagian teman-teman semasa berhari raya dirumah Ustaz Zakaria di Tongkang Pechah Batu Pahat Johor. Gambar ini diambil pada tahun 2005. Antara teman yang hadir adalah Zarina, Raftah, Razak, Alfadzilah, Nizam. Ini adalah tahun kedua ianya ini diadakan. Pada kali pertama pada tahun 2004 acara ini diadakan iaitu berhari raya di rumah Nizam bin Rabin yang berada di Kg Parit Terus Seri Medan.





Wednesday, December 13, 2006

GAMBAR BEKAS TEMAN SMSM - RAFIAH @ OKED BTE SANUSI


Rafiah @ Oked dan suami Ahmad Sufalil. Beliau kini bekerja di Jabatan Kerja Raya di Sg Besi dan suami beliau masih lagi berkhidmat di dalam ATM. Mempunyai 3 cahaya mata 2 puteri dan seorang putera. Bekas pelajar Tingkatan 5 tahun 1987 dan suami beliau juga bekas pelajar Tingkatan 5 tahun 1985

Tuesday, December 12, 2006

GAMBAR KENANGAN




Gambar kenangan semasa di tingkatan 5, 2 dan juga semasa saya dan alfadzilah di Sekolah Rendah. Semasa saya menerima gambar ini rasa terharu. Kepada teman-teman semua cubalah lihat gambar anda yang telah dipaparkan ini. Semoga ini akan menambahkan lagi keakraban yang telah kita bina selama ini agar kekal.