Monday, December 18, 2006

REUNION BEKAS PELAJAR SMSM


Satu majlis perjumpaan PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM telah berjaya diadakan pada 16 Dis 2006 bertempat di Restoran Beryani Gam Orange Valley Kajang. Ini merupakan perjumpaan yang julung-julung kali dapat diadakan. Walaupun tidak ramai yang hadir pada majlis tersebut tetapi kemeriahan tetap dapat dirasakan ini kerana ada dikalangan ahli-ahli yang hadir tidak bertemu hampir 20 tahun. Semoga dengan adanya berjumpaan itu diharap pada lain kali satu majlis yang lebih besar dapat diadakan dengan dihadiri lebih ramai lagi. Boleh dikatakan juga kumpulan ini adalah perintis kepada tertubuhnya perkumpulan ini.

No comments: