Wednesday, December 6, 2006

PEMBUKA BICARA DARI SAYA - MODERATOR


Tujuan blog ini diadakan adalah untuk bekas-bekas pelajar dari Sekolah Menengah Seri Medan, Batu Pahat Johor dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Di dalam blog ini juga akan digembar-gemburkan apakah aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Buat masa ini beberapa bekas-bekas pelajar telah dapat dipertemukan semula. Bekas-bekas pelajar yang telah dapat dipertemukan adalah pelajar-pelajar dari tingkatan 5 tahun 1988 dan juga sebahagian kecil tingkatan 5 tahun 1987. Kebanyakan bekas-bekas pelajar yang dapat dihubungkan semula adalah dari Tingkatan 5 Perdagangan dan juga 5 Sains serta 5 Sastera 1. Kepada mana-mana bekas pelajar yang berminat untuk menyertai program ini sangat-sangat dialu-alukan.


Untuk pengetahuan semua saya adalah bekas pelajar 5 Perdagangan (1988) dan juga merupakan Pengerusi Kelab Seni Lukis pada tahun tersebut.


Salam perkenalan kepada semua



2 comments:

Anonymous said...

Mie,

Bravo & Congratulation...
Keep up good work..
Nanti kawe anto article etc so buleh la updatekan dlm blog nih yer..

TQ

Alfa..

Anonymous said...

Great Job Mie!
to the rest of ex-smsmes let's make this as a flatform for us to mengeratkan silaturrahim.

tata..

Zarina Muslim