
Monday, December 18, 2006
PERLAWANAN SOFBALL BAWAH 18 TAHUN SMSM

KENANGAN DI TASIK SERI MEDAN
GAMBAR ALFADZILAH DAHULU DAN SEKARANG
REUNION BEKAS PELAJAR SMSM

Satu majlis perjumpaan PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM telah berjaya diadakan pada 16 Dis 2006 bertempat di Restoran Beryani Gam Orange Valley Kajang. Ini merupakan perjumpaan yang julung-julung kali dapat diadakan. Walaupun tidak ramai yang hadir pada majlis tersebut tetapi kemeriahan tetap dapat dirasakan ini kerana ada dikalangan ahli-ahli yang hadir tidak bertemu hampir 20 tahun. Semoga dengan adanya berjumpaan itu diharap pada lain kali satu majlis yang lebih besar dapat diadakan dengan dihadiri lebih ramai lagi. Boleh dikatakan juga kumpulan ini adalah perintis kepada tertubuhnya perkumpulan ini.
Friday, December 15, 2006
GAMBAR BEKAS TEMAN SMSM - NORAKHIR BIN NORDIN

RESTORAN BERYANI GAM NORAKHIR

Thursday, December 14, 2006
GAMBAR KENANGAN BERHARI RAYA DI RUMAH USTAZ ZAKARIA PADA TAHUN 2005


Wednesday, December 13, 2006
GAMBAR BEKAS TEMAN SMSM - RAFIAH @ OKED BTE SANUSI
Tuesday, December 12, 2006
GAMBAR KENANGAN



Gambar kenangan semasa di tingkatan 5, 2 dan juga semasa saya dan alfadzilah di Sekolah Rendah. Semasa saya menerima gambar ini rasa terharu. Kepada teman-teman semua cubalah lihat gambar anda yang telah dipaparkan ini. Semoga ini akan menambahkan lagi keakraban yang telah kita bina selama ini agar kekal.
BERHENTI SEJENAK
GAMBAR BEKAS TEMAN SMSM - ROZI BIN MAHANI
Monday, December 11, 2006
MAJLIS PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SMSM TAHUN 1988
Kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Seri Medan tingkatan 5 tahun 1988 satu majlis perjumpaan akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut:
a. Tarikh : 16 Dis 2006.
b. Masa : Jam 3 petang.
c. Tempat : Orange Valley - No D 17GB & 19GB, Jln Prima Saujana 2/A
Taman Prima Saujana, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Perjumpaan ini juga terbuka kepada semua bekas pelajar SMSM yang berada di mana-mana sahaja. Sekian dimaklumkan. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di email seperti berikut: azmimedan@gmail.com
a. Tarikh : 16 Dis 2006.
b. Masa : Jam 3 petang.
c. Tempat : Orange Valley - No D 17GB & 19GB, Jln Prima Saujana 2/A
Taman Prima Saujana, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Perjumpaan ini juga terbuka kepada semua bekas pelajar SMSM yang berada di mana-mana sahaja. Sekian dimaklumkan. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di email seperti berikut: azmimedan@gmail.com
Wednesday, December 6, 2006
PEMBUKA BICARA DARI SAYA - MODERATOR
Tujuan blog ini diadakan adalah untuk bekas-bekas pelajar dari Sekolah Menengah Seri Medan, Batu Pahat Johor dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Di dalam blog ini juga akan digembar-gemburkan apakah aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Buat masa ini beberapa bekas-bekas pelajar telah dapat dipertemukan semula. Bekas-bekas pelajar yang telah dapat dipertemukan adalah pelajar-pelajar dari tingkatan 5 tahun 1988 dan juga sebahagian kecil tingkatan 5 tahun 1987. Kebanyakan bekas-bekas pelajar yang dapat dihubungkan semula adalah dari Tingkatan 5 Perdagangan dan juga 5 Sains serta 5 Sastera 1. Kepada mana-mana bekas pelajar yang berminat untuk menyertai program ini sangat-sangat dialu-alukan.
Untuk pengetahuan semua saya adalah bekas pelajar 5 Perdagangan (1988) dan juga merupakan Pengerusi Kelab Seni Lukis pada tahun tersebut.
Salam perkenalan kepada semua
Subscribe to:
Posts (Atom)