Wednesday, November 5, 2008

CINTA MANUSIA

1. "Ambillah kapak belahlah dada", "Abang sanggup renangi lautan api". "Ayang sanggup serahkan segala-segalanya demi membuktikan kasih sayang ayang". Kata-kata ini selalu kita dengar didalam dialog-dialog filem. Boleh dikatakan dialog wajib yang perlu ada dalam setiap filem cinta di negara kita.

2. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”.

3. Kita sering dihidangkan dengan berita-berita sensasi di media arus perdana berkenaan dengan keruntuhan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta atau pun atas dasar duit (pilih yana mana satu diri anda). Kalau anda pernah terdengar ayat ini, jangan percaya 2 perkara: duit dan $%^*t (dah kena sensor tu)

4. Kata-kata di atas sering diucapkan semasa kita sedang dilambung ombak, ombak yang lebih besar dari ombak di laut bering. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Cinta itu boleh diibaratkan seperti nyamuk yang mengigit, dibiar sakit digaru sedap.

5. Pelbagai persoalan timbul, masing-masing menyalahkan pasangannya dan yang lebih merumitkan lagi penglibatan orang ketiga dalam kes ini. Setiap insan didunia diberikan dengan akal dan fikiran, berfikirlah secara waras. Setiap tindakan yang kita lakukan haruslah difikirkan dengan sebaik-baiknya.

6. Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

7. Hormat-menghormati, saling percaya mempercayai dan bertimbang rasa adalah salah satu resepi dalam hidup berumahtangga. Setiap masalah yang timbul kita harus selesaikan dengan sebaik mungkin dan ingatlah sesungguhnya bala tidak akan diturunkan, melainkan kerana kesalahan yang dilakukan oleh manusia (kita la tu). Oleh itu berfikirlah, mungkin sebelum ini aku pernah melakukan kesalahan pada orang lain atau pun adakah ini kerana balasan ke atas dosa-dosa yang telah kulakukan sebelum ini.
8. Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

9. Berapa ramai yang meletakan gambar isteri/suami dan anak-anak dimeja tempat anda bekerja sekarang ini. Jika anda ada meletakan gambar, syukur alhamdullilah jika tiada, anda fikirlah sendiri.

10. Sebagai suami kita kena ingat isteri/wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian kita kena menjaga dan memahami perasaannya demi kebaikan bersama.

No comments: