Wednesday, November 5, 2008

KRONOLOGI TERTUBUHNYA PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM (PEKASA)

1. Pada awal Mei 2004 saya telah dapat melayari laman web SMSM dan saya tertarik dengan seorang pengunjung yang telah memberikan komen. Pengunjung tersebut juga pelajar tahun 1988. Disangkakan pengunjung tersebut seorang wanita dan saya berasa teruja untuk mengetahui siapakah pengunjung itu. Rupa-rupanya pengunjung tersebut adalah sahabat lama dari Sekolah Kebangsaan Seri Medan. Beliau bukan wanita tetapi lelaki. Pengunjung yang saya maksud adalah Alfadzilah bin Mat Aris. Maklumlah hampir 17 tahun tak berhubung. Maaf Fadzil kerana aku menyangkakan kau perempuan.

2. Ekoran dari itu maka bermulalah berbalas-balas email dan bertanyakan khabar dari masa kesemasa. Alfadzilah bin Mat Aris, Norakir bin Nordin, Zarina bte Muslim, Mohd Nizam bin Asri, Oked/Sufalil dan yang lain-lain banyak membantu saya untuk menjejaki teman-teman seperjuangan.

3. Oleh kerana buat masa ini saya bertugas di Maktab Tentera Diraja yang mempunyai persatuan bekas pelajar yang kukuh, saya berfikir kenapa SMSM tidak boleh mengikut jejak langkah tersebut. Maka dari itu tercetuslah idea untuk saya menubuhkan perkumpulan ini dan disokong oleh rakan-rakan yang lain. Tanpa mereka semua, saya percaya kumpulan ini tidak akan berjaya ditubuhkan.

4. Setelah hampir 2 setengah tahun perkumpulan ini berhubung hanya melalui email maka pada 16 Dis 2006 seramai 6 orang bekas pelajar dari tahun 1988, 1987 dan 1985 telah mengadakan pertemuan untuk merealisasikan perkumpulan ini. Ahli-ahli yang terlibat dalam perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:

a. Azmi bin Ahmad - SPM 1988.

b. Ahmad Sufalil bin Ismail - SPM 1985.

c. Norakir bin Nordin - SPM 1988.

d. Norazak bin Senu - SPM 1988.

e. Oked bte Sanusi - SPM 1987.

f. Zarina bte Muslim - SPM 1988.

5. 6 orang bekas pelajar yang hadir pada kali pertama dan ada beberapa lagi yang tidak dapat hadir pada perjumpaan tersebut adalah yang berusaha untuk menjadikan perkumpulan ini mencapai matlamat yang disasarkan. Sokongan dan dorongan dari bekas-bekas pelajar yang lain maka pada 10 Dis 2006 saya telah mengujudkan blog ini dengan nama PERKUMPULAN BEKAS PELAJAR SMSM

6. Pada 28 Apr 2007, perkumpulan ini telah terlibat dalam program Perkhemahan Akademik SPM di SMSM dalam memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun itu. Seramai 10 orang bekas pelajar telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Bermula dari tahun 2006 sehingga 2008 majlis sambutan hari raya telah diadakan. Aktiviti ziarah menziarahi bekas guru dan pelajar dilakukan untuk mengimbas kembali zaman persekolahan.

7. Sehingga kini, semakin ramai bekas pelajar dari pelusuk negara dapat dihubungi. Kami sebagai perintis kepada kejayaan kumpulan ini amat berharap perkumpulan ini bolehlah dianggap sebagai satu-satunya perkumpulan rasmi bekas pelajar SMSM dan diharap Perkumpulan Bekas Pelajar SMSM (PEKASA) mempunyai ramai ahli dari kalangan bekas pelajar SMSM. Mungkin nama perkumpulan ini boleh ditukar kepada Persatuan Bekas Pelajar SMSM dan singkatan PEKASA boleh dikekalkan.

8. Semoga disatu hari nanti PEKASA dapat berdiri dengan megah seperti OPA (Maktab Tentera Diraja) MCOBA (MCKK) dan lain-lain persatuan bekas pelajar. Difahamkan ada juga blog bekas pelajar tahun 1990 yang dibangunkan untuk mengikut jejak langkah ini. Tahniah diucapkan kerana dapat mengujudkan blog seperti ini. Tapi diharapkan agar kita dapat bersatu dibawah satu persatuan tanpa ada 2 atau 3 persatuan yang lain kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

1 comment:

Anonymous said...

Memang ramai gak yg tersalah sangka aku ni pompuan... Aku jantan maskulin la Mie...

Anyway, dgn adenyer teknologi IT, lagi mudah for us to keep in touch walau di mana kita berada...