Wednesday, January 21, 2009

JUMPA SAHABAT LAMA

Gambar : Pertemuan dengan Zainal pada Jumaat 16 Jan 2009
Assalamualaikum bekas pelajar SMSM sekalian,

Pada hari Jumaat lepas 16 Jan 2009, saya berada di Kuala Lumpur atas tugas di Pej Timb Menteri Pertahanan. Terdetik hati saya untuk menghubungi sahabat lama Zainal, ekoran pertemuan dengan Norakhir di Restoren Baryiani beliau di Kajang. Didalam pertemuan tersebut sempat juga beliau menghubungi Azizah, Ahmad Supalil dan Oked untuk turut sama setelah hampir 22 tahun tidak berjumpa.

Pertemuan yang tidak dirancang tersebut memberikan seribu kemesraan saling mengenal antara satu sama lain, maklumlah perubahan fizikal dan rupa dek kesan usia yang semakin meningkat. Maka mula berkira lah siapa lagi rakan-rakan yang masih belum dapat dihubungi. Alhamdulilah diatas usaha Norakhir berjaya mendapatkan nombor telefon Zainal namun gagal untuk menghubungi beliau. Maka pada hari Jumaat lepas barulah saya dapat berbual dengan beliau yang baru sahaja menghabiskan kursus selama 2 minggu. Diatas kesungguhan beliau maka kami persetujui untuk berjumpa selepas jam 5.30 petang di Setiawangsa.

Tepat jam 5.30 petang Zainal telah pun menunggu saya di sebuah Restoren Shahjahan Maju. Seperti yang saya katakan sebelum ini perubahan fizikal dan rupa nampak ketara. Saya percaya sekiranya tidak berjanji untuk berjumpa maka saya mungkin sudah tidak mengenali beliau. Zainal juga akur setelah 22 tahun meninggalkan alam persekolahan beliau juga sudah gagal mengingat nama rakan-rakan lain yang pernah sekelas dahulu. Malah beberapa orang guru yang telah mengajar dahulu pun beliau tak ingat.

Banyak cerita yang dapat dikongsi bersama, memandangkan beliau ada tugasan lain maka pertemuan tersebut berakhir sejam selepas itu. Pada peringkat awalnya Norakhir juga berminat untuk turut serta pada pertemuan tersebut namun kesesakan Kuala Lumpur waktu tersebut amat mengecewakan beliau. Untuk maklumat rakan bekas pelajar SMSM sekelian, Zainal adalah rakan sekelas saya yang berasal dari Pt Hj Ahmad Seri Medan. Beliau kini bertugas sebagai anggota polis trafik di Balai Polis Jln Bandar KL. Telah berkahwin dengan wanita pilihannya berasal dari Cheras dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Anak sulung kini bersekolah darjah 4. Beliau tinggal di kuarters polis Setiawangsa. Penglibatan beliau dalam sukan bina badan bersama-sama jaguh bina badan negara Sazali Samad telah membawa beliau bertanding ke luar negara. 1998 merupakan kali terakhir penyertaan beliau memandangkan kos perbelanjaan ubat-ubatan yang tinggi sukan tersebut.

Zainal boleh dihubungi melalui no tel 0196103256 (mana la tau nak settle saman ke).

No comments: