Wednesday, December 24, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H DAN 2009

Tahun 2008 kita menyambut tahun baru hijrah 2 kali. Pada awal tahun iaitu 10 Jan 2008 dan pada 29 Dis 2008. Selang beberapa hari kemudian tahun baru masihi akan menjelma. Meningkat lagi usia kita. Pada 2 Jan genaplah usia ku 38 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin teman-teman semua baru semalam kita sama-sama dibangku sekolah. Kekadang kalau direnungkan kembali "Rupanya aku ni dah menjangkau ke usia 40 tahun" tapi itulah hakikat yang sebenar. Adakah impian yg kita idamkan selama ini telah tercapai.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum semua para sahabat; Kalau dulu orang sering berkata impian samalah macam angan-angan Mat Jenin. Tetapi perlu kita ingat dan ketahui bahawa angan-angan mampu diubah menjadi kenyataan kalau kita bersungguh untuk berubah. Bagi sesetengah kes mungkin sukar umpamanya kita tidak mungkin mencapai jawatan dan pangkat akibat kekangan usia, masa dan peluang tetapi anda mampu menjadi yang lebih baik dari sudut ekonomi jika anda berusaha berterusan dan berfikir apa kecenderungan dan minat anda, kenali diri, ruang dan peluang. Wassalam. Norakir