Tuesday, December 16, 2008

SEPETANG SEPINGGAN BARYANI



Sessi sepetang sepinggan baryani pada 16 Disember 2008 jam 17.00 di Orange Valley Baryani Gam, Prima Saujana Kajang. Dari kiri: Mej Razak Sipit, Azizah Safri, Oked & Ahmad Supalil bersama anak-anak. (Tidak kelihatan penulis sebab sedang menekan "button" kamera telefon bimbit untuk merakam gambar ini). Kami tidak pernah bertemu sejak Razak dan Azizah meninggalkan alam persekolahan pada 1987. Razak dan Azizah adalah rakan sekelas manakala Razak adalah rakan team volleyball SMSM bersama saya sejak 1984 hingga 1987.

Kami pernah bersama dalam satu pasukan semasa menjuarai Pertandingan Bolatampar Bawah 15 Tahun Peringkat MSSD Batu Pahat pada 1985 di Sekolah Menegah Dato Sulaiman Parit Sulung. Hadiah kemenangan itu masih saya simpan hingga kini sebagai kenang-kenangan. Mej Razak bertugas di Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka dan Azizah bertugas di Saujana Impian Golf Resort, Kajang. Walaupun lokasi kediaman kami juga tempat bertugas kami begitu hampir namun tidak pernah bertemu sebelum ini menjadikan pertemuan ini satu pertemuan yang pertama sejak 20 tahun.

Pertemuan ini tidak dirancang lebih awal hanya kebetulan pada 15 Disember saya menelefon Razak yang menyatakan beliau ada tugas di MINDEF pada 16 Disember. Jadi kami bercadang untuk minum bersama di Dunkin Donut Tol Sg Besi, bagaimanapun kebetulan ketika kami sedang minum Supalil menelefon saya menyatakan ingin singgah di restauran saya untuk makan bersama anak-anak. Lalu saya mencadangkan untuk turut serta. Lalu saya menelefon Azizah jika beliau ada kesempatan bertemu rakan-rakan lama.

Alhamdulilah beliau ada kesempatan meluangkan masa selepas waktu pejabat. Bagaimanapun cuba kita saksikan pinggan kosong yang meninggalkan tulang kambing di hadapan Razak, selera nampak....... walaubagaimanapun Azizah mungkin berpuasa atau diet untuk awet muda, mungkin juga dengan sebab itu beliau tetap kelihatan seperti 20 tahun dulu tetap slim dan ayu. Harap beliau tidak marah dengan gurauan saya. Semoga kita akan terus dapat mencari dan merapatkan silaturahim di antara rakan-rakan lama. Sekian, Wasalam.

Catatan Admin: Terima kasih kepada Norakir kerana telah menghantar berita ini.

No comments: