Thursday, April 22, 2010
CORETAN SAYA - RANCANGAN TERBARU
Saya percaya kepada kawan-kawan yang pernah terlibat akan dapat hadir termasuk En Razak Sipit dari Melaka pun pernah turun ke KL semata-mata untuk menjayakan program ini. Ini terbukti beliau pernah hadir semata-mata untuk bermain bowling di Mines. Untuk program ini masa, tarikh dan tempat masih belum ditentukan lagi tapi berkemungkinan dalam masa yang terdekat ini.
Mohon maklum balas kepada saya seperti alamat berikut: azmi.imc@rmc.edu.my, azmi_johor@yahoo.com, azmimedan@gmail.com
Tuesday, April 20, 2010
CORETAN SAYA - TEMAN LAMA
Monday, April 12, 2010
HARI MINGGU DI SERI MEDAN




Sunday, April 11, 2010
SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI
Antara yang cekal dan berjaya;
Assalamualaikum dan salam sejahtera;
Malam Sabtu lepas saya tertidur awal kerana keletihan sepanjang minggu. Lebih jam 11.45 malam tidak silap saya telefon bimbit berbunyi. Antara dengar dan tidak saya yang sememangnya dalam keadaan mamai tidur menyambut telefon yang diserahkan oleh isteri sambil bertanya; siapa? Jawap isteri saya: Dr. Fauzi, pendek! Saya sambut telefon bimbit dan tanpa memegang saya letakkan di telinga sambil berbaring mengering. Saya kurang mengingati isi bait-bait dialog perbualan kami namun apa yang pasti beliau menjemput saya ke Perasmian Group Exhibition, Department of Art, Faculty of Art & Music, UPSI. Katanya pameran itu berlangsung di alamat NN Gallery, No. 53A & 56 Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir, 68000 AMPANG, Selangor dari 06 April 2010 hingga 30 April 2010. Saya percaya sebahagian dari kita seperti Mohd Asik Saim, Shamsuri Jumain, Noorhabibah Kassim, Norhana, Salhayatin, Jeffry Selamat dan ramai lagi yang berada di Tingkatan 6, Sessi 1989 dan 1990 di High School BP pasti amat mengenali gambar lelaki yang bersama saya dalam gambar di bawah. Beliau adalah rakan sekelas saya semasa di Tingkatan 6, amat rapat dengan saya kerana kami duduk di meja sama. Kenangan manis kami amat banyak yang kadang-kala membuatkan saya tersenyum sendirian apabila sesekali terkenang. Saya juga percaya bagi lepasan SMKSM 1987 yang memasuki High School BP sessi 1988 – 1989 seperti Rokiyah Ahmad dan rakan-rakan juga mengenali beliau kalaupun tidak sekurang-kurangnya pernah melihat beliau.
Lelaki yang saya maksudkan adalah Dr. Mohd Fauzi Sedon @ M.Don. Orang begitu ringkas tidak lekang dengan topi besbal dan beg pinggang, berseluar jean dan T-Shirt tanpa kolar sejak saya kenali dan beberapa kali saya bertemu beliau sejak kami bertemu semula tahun lalu. Sejak kami keluar
a. Guru kami Puan Shima bertanya; “Norakir kenapa tak dating kelas? Jawapku mudah; mak saya suruh meracun rumput cikgu. Tanyanya kembali; “Berapa besar kebun awak? Tangkas jawapku; “
b. Dalam subjek Pengajian Am kami diajar oleh Puan Hanim (sekarang Pengetua Sekolah Menengah Parit Hj. Hassan Seri Gading yang mana Pengetua pada rakan kita Cikgu Mohd Asik Saim sekarang). Dalam satu topik Demokrasi Berpelembagaan Puan Hanim menyebut; “Demokrasi Berpelembagaan telah dipelopori dan dimulai di Perancis pada abad ke 17 oleh King… King… King…, 3 kali Puan Hanim
Dua kisah ini amat saya ingati sehingga kini dan saya percaya ada lagi rakan-rakan sekelas dari SMKSM masih mengingati seperti Mohd
Diploma dan Ijazah Seni Halus dari UiTM dulunya ITM. Kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana di
Pada usia awal 40an belum terlambat untuk kita berfikir dan berusaha untuk terus ke hadapan tetapi agak terlewat untuk kita mencari kerjaya, jadi teruskan langkah kita untuk menjadi yang lebih baik dari semalam agar rezeki yang kita cari lebih sempurna dan bermakna. Dalam satu kertas kerja yang saya siapkan untuk YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Petronas saya ada mencatatkan bahawa peristiwa semasa Revolusi Iran yang mana kebergantungan kepada pihak lain akan menjadikan pengangkutan domestik Iran lumpuh seketika apabila pesawat-pesawat helicopter “Offshore” yang disewa dari pihak asing lari meninggalkan Iran apabila revolusi memuncak ketika itu. Jadi kita perlu kuat untuk mara ke hadapan, berfikir dan peka kepada ruang yang ada. Seorang revolusenor
Sehingga bertemu di catatan seterusnya.

SEBARIS AYAT SECAWAN KOPI
Assalamualaikum & Salam Sejahtera;
Tanggal (baca betul-betul yerr, bukan penanggal atau tertanggal yang bermaksud tercabut) 24 Mac 2010 - Rabu, lebih kurang jam 6.40 petang saya sedang memandu lori (maksudku Ford Ranger kesayangan, maklumlah belum cukup hisab untuk berhutang Mercedes atau BMW) pulang dari pejabat. Dalam pada itu kepala berputar memikirkan rancangan esok hari, bercampur-baur pula dengan strategi yang kurang menjadi hari itu. Tiba-tiba “TITT” Blackberry-ku (yang saya beli guna card credit – menandakan hutang yang bertambun) berbunyi menandakan ada SMS masuk. Sambil tangan kanan memegang “stering”, tangan kiri mencapai telefon terus ibu jari menekan “button” telefon. Dalam pada itu saya sentiasa waspada kerana nyawa saya hampir melayang dan kereta berderai gara-gara SMS di Batu 14, Puchong 2 tahun lalu. Dalam hati terlintas siapa pula kerana nombor yang tertera 012-754XXXX, berdasar angka 7 membawa pengenalan nombor berdaftar di negeri Johor. Degup-degap jantung kerana sayalah orang yang sentiasa risau dan curiga akan sebarang panggilan telefon dan sms yang membawa berita-berita cemas dan duka. Saya baca bait demi bait yang antara lainnya berbunyi “Assalamualaikum, khabarnya duduk Kajang, aku kursus di Bangi. Anuari Khairi”. Dalam kepala berfikir; Oh! Pastinya di Pusat Latihan RHB di Kg Abu Bakar Baginda di Bangi kerana setahu saya beliau bekerja di RHB. Kali terakhir saya bertemu beliau di Kaunter RHD Bank Batu Pahat pada 1993 untuk membayar pinjaman ASB, yang mana waktu itu saya masih bersama TUDM dan bertugas di Butterworth. Lalu jari telunjuk dan ibu jari pantas membalas SMS: “Ok I called you on 8, will pick up u at PL RHB Bangi”.
Tempat jam 8.15 malam (janji Melayu 8.00 akan menjadi 8.15) saya keluar rumah, sampai di Sg Chua saya menelefon Anuari menyatakan saya dalam perjalanan. Entah apa silapnya ketika itu telefon bimbit saya berbunyi memberikan amaran bateri lemah dengan nyalaan merah. Hah! Sudah kata hati saya. Masuk ke kawasan pusat-pusat latihan di Bangi saya berhenti di hadapan Pusat Latihan BSN, bukan apa cucuk kad ambil duit kerana wang tunai kehabisan. Sampai di hadapan PL RHB Anuari telah menunggu bersama seorang kawan walaupun suasana di situ agak gelap saya terus berhenti di hadapan dua lelaki yang berdiri di situ yang saya jangkakan Anuari. Memang tepat tidak syak lagi, saya turunkan cermin dan memberi Salam dan mempelawa masuk. Berlakulah adegan bersalaman dan bertanya khabar tetapi tiada adegan cium pipi, “huhuhu”. Saya terus menekan minyak menghala Bandar Baru Bangi. Melepasi simpang Plaza Tol Kajang, melewati lampu insyarat ke arah Seksyen 8. Lalu saya katakan, “kita makan di Dusun yang terkenal dengan panggilan “Restauran Gear Box”. Selepas memakir kereta kami memilih meja di bahagian hadapan. Sebaik sahaja membuat pesanan nasi putih, Kailan Ikan Masin, Telur Dada, Tom Yom Campur dan Ayam Goreng Kunyit saya tergerak menelefon Khairul Anuar Jaafar (Mayol) yang tinggal di Seksyen 3. Anuari agak terkejut bila saya katakan Mayol tinggal di Bangi. Untuk makluman Mayol dan Anuari rakan sekelas dari Tingkatan 1 hingga 3, sebelum Mayol ke SMVBP. Panggilan disambut isteri Mayol yang kebetulan merupakan staf saya di pejabat. Saya bertanya Khairul Anuar ada, jawapnya ada lalu menyerahkan telefon. Saya tanpa bercerita panjang terus kepada topik cerita dengan nada berlawak; saya katakan, “Yol ni ada kawan lama nak jumpa, aku bagi ko masa 15 minit untuk sampai di Gear Box”. Selepas menelefon Mayol saya mendial nombor telefon Azmi Ahmad, sayangnya panggilan tidak berangkat. Sambil menunggu Mayol kami makan bertiga sambil berbual kosong. Dalam tempoh 20 minit Mayol sampai dan berlakulah sekali lagi adegan bersalaman dan bertanya khabar kecuali adegan cium pipi. Saya minta Mayol membuat pesanan, beliau tidak mahu makan kerana katanya baru makan malam lalu memesan The O Limau Panas.
Kami rancak berbual berkaitan topik saya sendiri tidak ingat sepenuhnya, jadi tidaklah saya dapat menyatakan di sini. Sedang rancak berbual Kol (B) Khairudin, sahabat yang saya anggap umpama saudara sendiri kebetulan datang ke restauran yang sama bersama keluarga. Sesudah memesan makanan beliau sempat menyertai kami, kemudian makan dan menyertai kami semula. Lebih kurang jam 11.00 malam beliau minta diri meninggalkan kami berempat. Kami terus rancak bersembang dan memesan minuman panas tambahan. Sehingga hampir jam 11.55 malam saya cadangkan untuk bergerak pulang kerana Anuari dan sahabatnya perlu menghadiri kelas keesokan harinya. Saya terus membuat bayaran dan kami berpisah dengan Mayol di situ dan menghantar Anuari dan sahabat ke PL RHB Kg Abu Bakar Baginda, Bangi. Saya menurunkan Anuari di PL RHB dan berpesan jila ada kelapangan malam esok boleh keluar minum teh.
Beberapa hari selepas bertemu Anuari saya menelefon Azmi menyatakan saya bertemu Anuari dan Mayol malam itu. Azmi agak terkejut dan katanya amat rugi tidak turut serta. Lalu saya berpesan “Lain kali kalau aku telefon, jawap sebelum telefon berbunyi”. Azmi tergelak besar, cuma saya tidak dapat mengangak saiz bukaan mulutnya ketika itu atas dua faktor:
Pertama; Saya tidak berada di hadapannya ketika itu.
Kedua; Saya tidak memiliki alat pengukur.
Sehingga bertemu lagi.

Tuesday, April 6, 2010
SRI MEDAN TIADA MESIN ATM
SRI MEDAN: Ketiadaan cawangan bank mahupun mesin pengeluaran wang (ATM) di pekan ini sejak dulu, merumitkan lebih 10,000 penduduk di sini menjalankan urus niaga harian berikutan mereka perlu ke kawasan berhampiran sama ada di pekan Yong Peng atau Batu Pahat yang masing-masing terletak antara 15 hingga 20 kilometer dari sini.
Penduduk di kawasan berkenaan yang mengandungi 11 kampung induk serta lebih 20 kampung rangkaian juga terpaksa menempuh perjalanan sejauh itu semata-mata untuk mengeluarkan wang untuk perbelanjaan harian mahupun jika kehabisan wang. Mesin ATM berhampiran pula hanya di stesen minyak di pekan di Parit Yaani iaitu kira-kira 10 kilometer dari Sri Medan yang sudah tentu bukan saja menyukarkan golongan yang tidak mempunyai kenderaan, malah warga tua. Apa yang menghairankan kawasan Sri Medan sebenarnya terkenal kerana berjaya melahirkan ramai pengusaha Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai perusahaan industri kecil dan sederhana selain kewujudan beberapa ladang sawit yang diusahakan sendiri penduduk yang mampu mendapatkan hasil lumayan.
Namun, malangnya tiada pula perkhidmatan perbankan berminat mahu menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di kawasan terbabit sedangkan kawasan berkenaan amat berpotensi besar untuk diteroka.
Peniaga, Masunu Buang, 49, berkata ketiadaan bank mahupun mesin ATM di pekan berkenaan amat dirasai disebabkan kerancakan pembangunan aktiviti ekonomi di kawasan sekitarnya.
“Jika dilihat dengan mata kasar memang pekan ini kelihatan seperti pekan mati tetapi hakikatnya banyak perusahaan dan perniagaan yang diusahakan penduduk wujud di kampung sekitar kawasan ini daripada perusahaan makanan seperti kuih tradisional, kerepek, herba malah ada ladang ternakan lembu serta kambing yang diusahakan dengan berskala besar di sini.
Pembantu kedai, Imratul Saleha Kadis,18, berkata ketiadaan bank mahupun ATM menyukarkan golongan pekerja sepertinya untuk sama ada mengeluarkan wang gaji untuk perbelanjaan, membuat tabungan mahupun pelaburan.
“Setiap kali mahu mengeluarkan gaji, saya terpaksa menumpang rakan mahupun menaiki teksi kerana saya tidak mempunyai pengangkutan untuk ke bank di bandar mahupun mesin ATM berhampiran, ” katanya.
Peniaga makanan, Suryati Kasri, 42, berkata ketiadaan cawangan bank dan mesin ATM di pekan berkenaan menyebabkan ada ketikanya beliau terpaksa meninggalkan perniagaan buat sementara waktu bagi menyelesaikan urusan di bank sebelum kembali ke kedai.
“Saya ada kalanya terpaksa meninggalkan perniagaan kepada pekerja walaupun ketika waktu ramai pelanggan kerana perlu berurusan dengan bank untuk membayar ansuran pinjaman, memasukkan gaji pekerja dan sebagainya yang kadang-kala mengambil masa sehingga setengah hari, ” katanya.
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SriMedantiadaATM/Article
Friday, April 2, 2010
EDITING VIDEO
Sebelum ini saya pernah menggunakan program, adobe premier pro, pro 2, CS 3 serta pinaccle, video movie maker (anak saya pun boleh gunakan) dan yang terkini Edius 5. Sebelum ini saya telah mengikuti kursus Edius 5 selama 5 hari dengan bayaran RM 1,000.00 untuk 1 hari (kalau saya x lupa la)
Kepada member-member yang mahu membuat video bolehlah mendapatkan perkhidmatan dari saya. Untuk pengetahuan semua, jika ada memdapatkan perkhidmatan diluar harganya memang mahal kerana untuk memperolehi ilmu ni pun berbaloi.
Ok kita jumpa di lain kali. bye